CERITA 1
Boss besar FBI di pecat |
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memecat Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) James Comey pada Selasa 9 Mei 2017.
Trump dilaporkan mengambil keputusan drastik itu setelah mempertimbangkan cadangan daripada Peguam Negara Jeff Sessions.
“Adalah penting untuk mencari kepimpinan baharu buat FBI yang dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan awam dalam misinya menguat kuasakan undang-undang,” kata Trump kepada Comey melalui surat yang dikeluarkan oleh White House.Sebelum itu , 100 hari pentadbirannya Trumps memecat pemangku Peguam Negara Sally Yates yang dilantik oleh Obama kerana mempertikaikan polisi Trump.
AG pun kena pecat |
Acting AG pun kena pecat dengan Trump |
Tiga orang besar negara koboi telah terkorban terkena tembakan Trump, Mereka ialah Peguam Loretta Lynch, Penolongnya Sally Yates dan terkini Pengarah FBI Jim Coney.
Boss FBI dikatakan sedang menyiasat dakwaan wujudnya kerjasama Trump dengan Russia dalam kempen pemilihan presiden tahun lepas. Russia juga dituduh menceroboh komputer macron milik negara koboi dan meyebar berita-berita palsu mengenai kempen presiden.
Apakah dengan pemecatan Boss besar FBI bermakna ada gangguan dan serangan terhadap lawan Trump. |
Maka teringat lah alkisah balaci Tun Mahathir seperti Matthias Chang, Khairuddin, Anina Saabudin, Tony Pua dan Tun Mahathir sendiri supaya sekali lagi untuk terbang ke Amerika Syarikat dan menyaman Donald Trump kerana memecat 3 individu di atas. Elok juga bawa bersama MP yang menghasut penduduk Flat Kerinchi.
CERITA 2
Di Malaysia juga 3 orang kuat Pas telah digantikan dengan yang baru selepas selesai Muktamar di Kedah.
CERITA 3
Tiba-tiba hari ini dikejutkan juga dengan berita pegawai zakat dari Pulau Lim Guan Eng ditahan kerana terlibat kes rasuah dan salah guna kuasa. Menurut sumber, salah seorang individu yang ditahan SPRM di Pulau Pinang hari ini termasuk orang kuat parti Anwar Ibrahim. Betul ke?
Tunggu laporan seterusnya
Dari utusan.com:
Tunduk Malu |
"Seorang Pegawai Kanan Pusat Zakat Pulau Pinang antara 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.
Difahamkan, empat daripada mereka ialah pegawai dan kakitangan agensi itu manakala tujuh yang lain merupakan kontraktor yang mempunyai kepentingan dalam kerja-kerja berkaitan agensi berkenaan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini selepas kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi berasingan.
Kesemua mereka dibawa ke mahkamah dengan berpakaian baju lokap SPRM berwarna jingga kira-kira pukul 3 petang tadi.
CERITA 4
Ini pula alkisah Peguam Dermawan tersohor di Malaya. Ia itu Tetuan Zaid Ibrahim yang memiliki firma guaman yang besar di negara bertuah ini iaitu Malaysia.
Zaid pernah menjadi MP Kota Bharu atas tiket Umno dan ketika itu satu banjir besar telah berlaku di kota raya yang mendapat gelaran sebagai Serambi Mekah. hingga kini Kota Bharu di kenali sebagai Serambi Mekah walaupun negeri itu mencatat rekod HIV tertinggi dalam negara.
Apabila banjir berlaku di kota serambi Mekah maka orang Pas menyalahkan pengundi kota itu kerana memberi undi kepada Umno dan akibatnya bala turun di kota serambi Mekah.
Dahulu Zaid Ibrahim juga yang kuat menentang Mahathir dan ideanya. Kini Zaid mahu Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri. Apakah kegilaan yang bermain di minda Zaid?
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/05/perancis-lantik-presiden-39-tahun-si.html
Agaknya Zaid tahu yang harta kejayaannya sebagai lawyer banyak terhutang budi pada Mahathir. Naiknya Mahathir maka lagi banyak masuk untuk Zaid Ibrahim & Co. BIla kepentingan diri sudah dipenuhi, dia tidak ada masalah untuk kronisma lama berterusan:
SELAMAT MENYAMBUT HARI UMNO KE 71.