Rabu, 17 Mei 2017

Kajian Menunjukkan Tan Sri Muhyiddin adalah Perdana Menteri Pilihan?




Menurut kajian yang telah dilakukan tahun lepas, Muhyiddin adalah pilihan utama untuk jawatan perdana menteri dan diikuti oleh Mahathir ditempat kedua. Sementara Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin ditempat ke lapan, YAB DS Najib ditempat ke sembilan, Wan Azizah ke sepuluh, Lim Guan Eng tempat ke sebelas, Azmin Ali ke dua belas, Kit Siang ke tiga belas dan YAB DS Dr Zahid Hamidi di tempat ke 14.

Hasil kajian ini telah di bentangkan oleh Ahli Majlis tertinggi PBBM Dato Hj Rais Hussin seorang ahli perniagaan yang kini sebagai penasihat Muhyiddin. Beliau pernah menjadi orang penting dalam pentadbiran kerajaan Perak melalui projek Dinar Emas.






Menurut beliau, kajian itu melibatkan 3 ribu orang dalam 30 kawasan parlimen seluruh negara.

Dato Rais juga memaklumkan mulai bulan hadapan iaitu Jun 2017 satu kajian yang sama akan dibuat di semenanjung sahaja tanpa melibatkan Sabah dan Sarawak.

Malu dengan kesimpulan kajian yang dilakukan oleh Dato Rais, Ketua Penerangan parti PPBM Datuk Kamaruddin Md. Noor dilaporkan dalam  The Mole  mengakui bahawa kajian tersebut tidak meyakinkan dan ketinggalan zaman. Kajian seperti itu boleh menjadi berat sebelah dan di manipulasi.

Ada niat yang tersembunyi apabila ianya memuji PAS sebagai parti yang paling popular di negara ini, seperti yang dilaporkan oleh THEMALAYSIAONLINE .

Menurut sumber  dari dalam PPBM mendakwa tiada kajian itu dijalankan. Ia adalah permainan berita palsu semata-mata.

Ia adalah percubaan Muhyiddin melalui Leftenannya yang sangat dipercayai iaitu Dato Rais untuk menarik dan sokongan parti PAS.

Leftenan telah menjadi penghubung kepada Pas untuk Muhyiddin meraih sokongan dan simpati Pas, walaupun Muhyiddin telah menafikan bahawa beliau tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Manakala Tuan Ibrahim telah mengesahkan bahawa PPBM telah menyokong RUU 355. Rujuk FMT




Muhyiddin pada dasarnya mengatakan, "Ya, aku adalah orang yang paling dikehendaki oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri pada hal Muhyiddin tidak popular dalam UMNO dan jadi Timbalan Presiden pun mengikut bontot dan menumpang kem Dato Najib.

"PAS adalah parti politik yang sangat popular dalam barisan pembangkang  PPBM sangat mengharapkan agar Pas dan PPBM dapat menari dan bergendang dalam lagu dan irama yang sama dan senada.

Muhyidin dilihat masih bergantung harapan terhadap PAS untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional dalam PRU 14.

Muhyidin seolah-olah ingin memohon keampunan kepada Pas kerana menyokong PAN dalam dua PRK tahun lepas iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Oleh itu kita dapat lihat PPBM hemoi dan berani merendahkan diri untuk turut sama dalam ceramah-ceramah Pas sejak hujung tahun lepas.

PPBM seolah-olah mereka tidak ada dosa terhadap PAS.

PAS sememangnya tidak akan bersetuju dengan Mahathir sejak azali. Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri Mahathir dan Mohamad Rahmat setiap bulan dan setiap tahun menganjur kan ceramah yang diberi nama SEMARAK untuk menghentam PAS habis-habisan tanpa gagal.

Ia amat berbeza selepas kepimpinan Umno diambil alih oleh Pak Lah dan Najib.

PPBM yang kita tahu sudah ber tahaluf siasi dengan DAP, PKR dan PAN. adalah amat mustahil untuk PAS menerima PPBM untuk bekerjasama sedangkan PAS sudah talak 3 dengan PAN, PKR dan DAP.

Oleh itu Strategi Muhyiddin menggunakan Dato Rais dilihat sebagai usaha yang gagal sebagai mana projek Dinar Emas di Perak.