Rabu, 17 Mei 2017

Lagi kes ustaz pukul pelajar



17 Mei - Sebuah lagi Sekolah Tahfiz berdepan isu memukul pelajar sehingga menyebabkan kecederaan.

Seorang pelajar tigkatan satu dilaporkan cedera tulang rusuk dan lengan selepas mendakwa dipukul warden asrama sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor.

Dalam kejadian 10 Mei lalu itu, mangsa mendakwa pada mulanya dia dipanggil untuk berjumpa dengan warden tersebut kira-kira jam 5 petang.

Dalam pertemuan itu, warden yang juga seorang ustaz sekolah, bertanyakan pelbagai soalan peribadi, namun dinafikan oleh mangsa.

Keadaan itu dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati ustaz terbabit sebelum dia dilaporkan menumbuk mangsa pada tulang rusuk hingga bengkak dan memukul pelajar menggunakan rotan.

Susulan itu, mangsa mengadu pada bapanya untuk ke klinik sebelum pergi membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut bapa mangsa, anaknya baru seminggu berpindah ke sekolah tersebut.

Tanbahnya, ustaz terbabit dikatakan sudah pun memohon maaf atas kejadian itu dan mahu mengambil tanggungjawab, menanggung kos rawatan anaknya, namun dia enggan menerima permohonan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat turut mengesahkan laporan berhubung kejadian ini.

*Berita lanjut di page Darul Ehsan Leaks*


Ikuti info-info negeri Selangor  di page *Darul Ehsan Leaks.* 

Dan *KENA SAVE* nombor ini (0145154521) bagi memudahkan broadcast msg atas nama *D.E.LEAKS* dan whatsapp *"Saya Mahu Info D.E.Leaks" serta nyatakan nama anda untuk kami salurkan info ke nombor anda.

Sebarkan pada group dan sahabat-sahabat anda.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor