Lim Guan Eng beberapa hari lepas telah mengeluarkan kenyataan bahawa krisis ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang amat tenat.
Bukan sahaja Guan Eng, ia termasuk jugalah rakan-rakan sekutunya seperti PKR, PAN dan rakan terbaru mereka parti bunga.
Setelah pencarian dibuat untuk melihat kebenaran cakap-cakap Guan Eng dan rakan sekutunya maka bertemu lah satu rumusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah Eksekutif Tabung Kewangan Antara bangsa (IMF) dan lain-laim sumber mengenai ekonomi Malaysia.
Menurut IMF, Walaupun persekitaran ekonomi global yang mencabar, ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaupun pertumbuhan KDNK agak perlahan, Malaysia masih mencatat perkembangan ekonomi yang pantas dan pesat di kalangan rakan-rakan perdagangannya.
Pengarah Eksekutif IMF memuji daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi segala bentuk cabaran dan risiko
IMF juga bersetuju bahawa dasar fiskal jangka sederhana oleh kerajaan kita adalah baik dan berlandaskan pencapaian bajet persekutuan yang hampir seimbang menjelang 2020.
IMF juga bersetuju bahawa dasar fiskal jangka sederhana oleh kerajaan kita adalah baik dan berlandaskan pencapaian bajet persekutuan yang hampir seimbang menjelang 2020.
Manakala Public Bank pula menyatakan perbelanjaan fiskal berhemat serta jangkaan peningkatan dalam pendapatan kerajaan akan membolehkan kerajaan berada di atas landasan yang betul untuk mencapai bajet hampir seimbang ketika ekonomi berkembang menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dalam perbelanjaan berhemat dan berhati-hati agar mengelakkan pembaziran.
Jadi, tohmahan Guan Eng dan rakan-rakan nya dalam pembangkang bahawa ekonomi berada dalam krisis dan sangat tenat adalah mainan politik semata-mata.
Jika ekonomi tenat dan hutang negara beratus bilion kenapa pembangkang sibuk untuk menumbangkan kerajaan dalam pru 14?
Pembangkang sepatutnya mengajak usahawan dan pemain-pemain industri dalam kalangan penyokong Dap, Pkr agar berpindah ke negara-negara lain yang lebih berdaya maju.
Pembangkang juga tak perlu teruk berkempen untuk menang dalam pru 14 kerana jika menang mana punca kewangan mereka untuk membayar hutang negara. Apa strategi dan dasar fiskal mereka untuk mengembalikan ekonomi negara yang dikatakan merudum dan tenat?
Untuk bukti mengenai kenyataan IMF dan lain- lain sumber pencarian, sila masuk ke laman-laman berikut;