KENYATAAN MEDIA
Kami selaku Ketua Pendaftar PPBM Negeri Johor, Ketua- Ketua Penaja PPBM Bahagian seluruh Negeri Johor dan Pendaftar PPBM Bahagian- Bahagian Negeri Johor mengecam keras KEBIADAPAN Ketua Penaja PPBM Bahagian Ipoh Timur, Ketua-Ketua Bahagian PPBM Negeri Perak yang kurang ajar dan tidak tahu menghormati Timbalan Presiden PPBM Tan Sri Muhyidin Yasin.
Kerja jijik dan kotor yang dilakukan hanya untuk menggulingkan Timbalan Presiden dan ditukar kepada KRONI TUN DR MAHATHIR amat tidak disenangi seluruh Pimpinan Akar Umbi PPBM di Negeri Johor.
Kami mengecam sikap berdolak dalih, mengatur pimpinan, memberi jawatan untuk kroni, rasuah untuk mendapatkan jawatan serta tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
Kami PPBM Negeri Johor tegaskan bahawa akan meneruskan kerjasama politik dengan PAS terutamanya di Johor untuk menumbangkan UMNO. Tanpa kerjasama dengan PAS mustahil UMNO dapat ditumbangkan di Johor.
Sekiranya PPBM Negeri Perak meneruskan desakan agar Timbalan Presiden Tan Sri Muhyidin Yasin meletakkan jawatan, seluruh Pimpinan dan Ahli akar umbi PPBM NEGERI JOHOR akan melepaskan Jawatan dan umum KELUAR PARTI secara besar-besaran.
DATO' MARZUKI