Inilah Bayangan Masa Depan Negara Pakatan Apabila Segala-Galanya PERCUMA & DISUBSIDI Negara Kebajikan
1. Venezuela merupakan sebuah negara contoh bagi kebanyakan pemimpin Pakatan semasa PRU13. Rafizi turut memuji harga petrol Venezuela yang sangat rendah pada tahun 2014 sehingga mempersoalkan mengapa Malaysia tidak boleh mencontohi negara tersebut.
2. Tahun lalu KDNK Venezuela merudum sebanyak 19%, kadar import menurun 50%, kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membuat pembelian dari negara luar), serta inflasi meningkat berkali ganda secara mendadak pada kadar 700%.
3. Petrol dijual kurang dari 1p seliter, menelan subsidi kerajaan berjumlah £12 bilion. Kawalan harga bermaksud bahawa ia tidak menguntungkan peniaga kecil untuk menjual barangan keperluan, sekaligus menyebabkan bekalan terputus.
4. Namun perkara yang terburuk dalam kehidupan seharian rakyat Venezuela adalah keganasan. Kadar pembunuhan di ibu negara Venezuela, Caracas, adalah 80 kali lebih tinggi daripada London. Kecurian kereta dan penculikan sudah menjadi perkara biasa.
5. Pada tahun lalu, rakyat Venezuela secara purata tidak mendapat makanan yang cukup dan telah kehilangan berat badan sebanyak 19 paun. Rakyat terpaksa menyelongkar sampah-sarap. Mereka juga telah mula memecah masuk ke dalam zoo serta memakan tenggiling gergasi dan burung bangau. 8 dari 10 jenis ubat tidak disediakan. Negara tersebut juga telah kehabisan tisu tandas sejak 5 tahun yang lalu.
6. Keputusan Najib untuk mengurangkan kebergantungan pada hasil minyak sejak 2010, menghapuskan subsidi pukal yang begitu tinggi dan menolak untuk melakukan kawalan harga ke atas setiap barangan merupakan satu tindakan yang tepat.
7. Kesimpulannya, Tuhan merahmati Malaysia dengan pemimpin yang berpandangan jauh dan rakyat bijak memilih parti yang bertanggung jawab sebagai kerajaan. Jika rakyat terpedaya dan memilih pemimpin dan Pakatan yang membuat janji populis, bayangkan masa depan negara, mungkin sudah menjadi seperti Venezuela.