Rabu, 30 Ogos 2017

JANGAN PULA KATA TAK TAHU WAHAI TUN MAHATHIR


  1. Dalam buku bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, muka surat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed telah menyentuh pembelian kapal selam Scorpene.
  2. Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009.
  3. “Seramai 145 orang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang dilatih di Ecole Formation de Sous Marine di Brest, sejak 2005.
  4. “Dua kapal selam itu akan diletakkan di pangkalan di Sepanggar di Sabah apabila ia sudah beroperasi nanti,” kandungan surat itu dipetik.
  5. Ini menunjukkan isu pembelian kapal selam Scorpene bermula sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.
  6. Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Haniff pula mendedahkan pembohongan Mahathir itu.
  7. “Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Armada PPBM Syed Saddiq, mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar.
  8. “Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi” katanya.
  9. Malah lebih mengejutkan bila bekas pegawai penyiasat ketenteraan itu mendedahkan anak Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin terlibat dalam urusan kapal selam tersebut.
  10. “Penyokong asal program kapal selam Malaysia adalah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (pada ketika itu CEO syarikat yang baru di senaraikan BERNAS, bertindak bagi pihak Daim Zainuddin)” kata Abdul Rahmat.