Ahad, 10 September 2017

Pertelagahan Mahathir Azmin dan Anwar semakin menarik

Baru baru ini Kinitv mendedahkan Azmin Ali memberikan peringatan kepada Mahathir bahawa Anwar adalah Ketua Umum kepada PH dan Pkr dan berhak untuk membuat untuk memberikan pandangan dan cadangan.

Membuktikan bahawa Mahathir tidak ada kuasa untuk bercakap dan memberi pandangan dan keputusan dalam PH.

Sebelum ini Anwar Ibrahim mahu Azmin terus berunding dengan PAS. Anwar juga mahu Pan dan PPBM berunding untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS. 

Bagaimanapun Mahathir mempertahankan bantahan nya terhadap keputusan Pkr untuk terus berunding dengan parti PAS. 

Ini berikutan surat Anwar dari penjara yang tersebar mahukan kerjasama dengan PAS. 

Mahathir yang ingin berkuasa dalam PH bertegas mahu rundingan dihentikan. Muhyiddin Yassin pun mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan tentang semua parti yang bekerjasama dengan UMNO. 

Sebelum ini ahli parlimen Pkr dari Selayang meletakkan jawatan dalam Biro Politik PKR kerana menolak kerjasama dengan PAS. 

Mahathir mungkin menjadi ketua umum jika Pan dan Dap menyokong beliau. Mahathir akan menang 3-1.

Akar umbi di bawah ramai yang menyokong pandangan Mahathir agar menghentikan rundingan dengan PAS. 

Mahathir mungkin bercakap bagi pihak Pan dan DAP untuk menolak Pas, tetapi Anwar tahu tanpa Pas Pkr tak mampu sampai ke tahap ini. Anwar sanggup melupakan sejarah 1997 di mana Mat Sabu menjadi tukang canang salah laku seks yang menyebabkan Anwar dipenjarakan selama 15 tahun.

Anwar tahu Pan dan PPBM tidak ada pengaruh sebagaimana Pas. PAN dan PPBM adalah lemah sepertimana Pkr juga.

RCI yang sedang berjalan di istana kehakiman di Putrajaya semakin mendedahkan salah laku pentadbiran Mahathir 22 tahun berkuasa.  Bekas Peguam Negara telah menyatakan BNM tiada punca kuasa untuk berdagang dalam Forex.  

Mana mungkin orang BNM dan Menteri Kewangan berani berjudi dalam spekulasi pasaran kewangan jika tiada arahan dari atas. 

Harap RCI siasat juga kehilangan RM 5B wang PNB. Ada ia digunakan untuk Forex sehingga Ceo nya dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.