Rabu, 4 Oktober 2017

LAKONAN SYED SADDIQ DIUGUT UNTUK TAWARAN RM5 JUTA.




Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq hari ini mendakwa ada pihak yang mahu membayarnya sebanyak RM 5 Juta dan juga geran pembinaan institut pusat debat disamping menyerang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Syed juga mendakwa pihak-pihak terbabit turut mahu mengugut ibu bapa beliau dan mendedahkan masalah peribadi keluarganya. 

"Kepada ada pihak yang nak ugut dan sogok saya, bagi tahu kepada mereka saya tidak akan tunduk. 

"Kamu nak ugut ibu bapa saya ugut lah. Nak keluarkan masalah peribadi abang saya keluarlah. 

Maruah saya tidak akan dan tidak boleh dijual beli. " kata beliau ketika sidang media khas untuk mengumumkan pendiriannya berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford. Syed Saadiq turut mengugut mahu mendedahkan siapa dalang di belakang tabir sebenarnya jika terdesak.

NOTA KAKI

HEBAT HANG.....TOLAK SOGOKAN 5 JUTA RINGGIT DAN TOLAK BIASISWA 400 RIBU RINGGIT UNTUK KE OXFORD.

PALING LAWAK BILA DIA MINTA ORANG YANG INGIN MERASUAH BELIAU TAMPIL UNTUK BUAT PENAFIAN.

TAK PAYAH LAH MAIN WAYANG...PERGI SAJA KE SPRM DAN BUAT LAPORAN.......ADA BERANI KAAA?