Ahad, 31 Disember 2017

Apakah Pas berada dalam keresahan?

Pas tidak perlu gentar dan gundah gulana seandainya Adun Pas di Selangor menyertai Pkr, Pan atau Dap.

Pas dikatakan Parti Politik yang terkuat ketika ini. Setiap hari ribuan anak muda mengisi borang keahlian Pas.

Maka Pas boleh lah mendabik dada dan menempelak Pkr dengan istilah mengutip sampah sarap dari team terbuang Pas.

Apa perlu dikesalkan apa perlu merintih dan menggelupur?

Teringat kisah sewaktu Pas bersama Umno dalam Barisan Nasional dahulu. Ketika itu atas usaha dan inisiatif Tun Abdul Razak maka bergandingan lah dua musuh ketat ke dalam BN.

Namun Pas tidak setia dalam diam masuk ke kem UMNO dan mengajak mereka meninggalkan Umno untuk menyertai Pas.

Dalam istilah mudah Pas tikam belakang. Maka ramai lah peneroka Felda yang setia kepada Umno mula membenci dan memusuhi Umno yang memberikan mereka ruang dan peluang untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Peneroka mula bersikap sombong dan takbur.  Pernah diceritakan kisah peneroka membakar wang kertas seringgit untuk mencari duit syiling yang jatuh semasa membuat panggilan telefon dari Pondok telefon awam. 

Ada peneroka yang memperlekeh penjawat awam terutama yang berkerja dengan felda . Riak kerana hasil pendapatan mereka lebih besar dari orang lain.

Pengalaman ini pernah penulis rasa sendiri sewaktu menaiki keretapi. Kebetulan ketika seorang peneroka dari Felda di Pahang hendakl balik ke Perak.  Punya lah sombong dan bongkak. Selain itu beliau juga mengutuk kepimpinan Tun Hussein Onn dan Umno. 

Mungkin tak semua orang tahu bahawa Tun Hussein Onn telah menyingkirkan Pas daripada Barisan Nasional kerana sikap Pas yang tidak bersifat setiakawan.

Kontroversi Umno Pas berterusan malah lebih kronik di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad. Pas diserang sepanjang masa oleh Mahathir dan Pas juga tidak mahu kalah.

Mat Sabu ketika itu menggelarkan Mahathir sebagai mahazalim dan Mahafiraun. Mat Sabu baru-baru ini saja tarik brek dan bertepuk bahu dengan Mahathir. Dulu musuh ketat.

Hari ini di bawah PM Najib, pendekatan beliau amat berbeza daripada zaman Mahathir.  Najib tidak memusuhi dan membenci Pas. Belum pernah kita dengar walaupun sepatah perkataan yang menghina Pas.

Moral of the story " what you give you get back "

 seterusnya bacalah keluh kesah Pas di bawah.

===========Harakah===========

Pada 25 Disember, Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika ada (Adun PAS di Selangor) yang berminat (menyertai PKR), kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada”.

 

Kenyataan Dr Daroyah ini dibuat di sebalik kesedaran beliau bahawa “memang semalam Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber”, tetapi, mengikut Dr Daroyah, “itu pendapat (Datuk Iskandar) saja”.

 

Semalam, 27 Disember, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, pula, ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Adun PAS di Selangor akan menyertai PKR, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”.

 Tambah Shamsul Iskandar lagi, “walaupun ada penafian (daripada para pemimpin dan Adun PAS di Selangor), saya fikir kita mesti beri komen berdasarkan fakta”, dan “kalau ada keseriusan ke arah itu (Adun PAS di Selangor mahu menyertai PKR), kami alu-alukan”.

Masalah utama dengan kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini adalah bahawa kenyataan mereka ini tidak diasaskan kepada apa-apa bukti yang konkrit, apatah lagi bila telah wujud beberapa penafian daripada para pemimpin dan Adun PAS di Selangor terhadapnya.

 

Perumpamaan “jika tiada angin masakan pokok bergoyang” juga tidak boleh dipakai sepenuhnya kerana boleh dihujahkan bahawa, walau tiada angin pun, pokok masih boleh bergoyang juga jika umpamanya di atas pokok itu ada makhluk tertentu seperti monyet yang menggoyangnya.

 

Pada hemat saya, kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini akan hanya lebih menyerlahkan lagi imej PKR sebagai Pencuri Kepimpinan Rakan setelah ia umpamanya bertindak mencuri Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dari PAS pada 11 September 2015.

 

Sebagai rekod, PKR pernah bergaduh besar dengan DAP sewaktu ia masih bersama dengan PAS, DAP dan PRM di dalam Barisan Alternatif pada awal tahun 2001 dulu kerana tindakan PKR mengambil bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, Teoh Teik Huat, menjadi ahlinya.

 

Ekoran tindakan PKR ini, Pengerusi DAP Pulau Pinang pada waktu itu, iaitu Chow Kon Yeow, mengumumkan, pada 26 Februari 2001, bahawa DAP Pulau Pinang akan menjarakkan hubungan mereka dengan PKR (“will' loosen' their relationship with PKR) sehingga isu ini diselesaikan.

 

Begitu juga dengan Pengerusi DAP pada waktu itu, iaitu Lim Kit Siang, yang mengumumkan, pada 27 Februari 2001, bahawa beliau tidak lagi akan menghadiri mana-mana perbincangan dan mesyuarat Barisan Alternatif yang menyentuh hubungan PKR-DAP.

 

Turut dibangkitkan pada waktu itu adalah mengenai persetujuan Majlis Kepimpinan Barisan Alternatif pada 28 April 1999 bahawa mana-mana parti komponen Barisan Alternatif tidak dibenarkan sama sekali mencuri ahli (atau bekas ahli) mana-mana parti komponen lain.

 

Bagaimanapun, ternyata hingga sekarang perbuatan mencuri ahli, malah mencuri pemimpin, parti rakan, sama ada sesama parti Pakatan Harapan atau sesama parti pembangkang, terus menjadi amalan di dalam parti yang cogan perjuangannya ialah “Keadilan Untuk Semua” ini. - HARAKAHDAILY 29/12/2017