Oleh :
*_Saiful Bukhari Azlan_*
1. Ramai yang tanya saya kenapa sekarang dah tak sokong Tun Mahathir? Inilah jawapan dia. Hari ini Tun M akui bahawa Undi Tun M=Undi Anwar Ibrahim. Justeru Macam mana saya nak sokong Tun jika dia sendiri sekarang menyokong manusia yg telah menganiaya saya??
2. Untuk saya, Ini bukan soal politik, tetapi soal yg terlalu peribadi. Saya pun bukan ahli politik, jadi ahli parti pun tidak. Justeru jangan lah tanya lagi kenapa saya tak dapat nak sokong Tun M. Bab anda nak sokong itu terpulang, ini negara demokrasi, hak anda untuk sokong sesiapa.
3. Prinsip hidup saya mudah dan jelas, walau macam mana hebat pun seseorang itu berusaha, berjuang, tapi jika ia berlandas dan mendokong kebathilan, maka ia tidak akan dapat keberkatan Allah SWT dalam perjuangannya.
4. Bukti dari Allah SWT sangat jelas. Walau sehebat mana kepintaran politik Anwar Ibrahim, mengepalai 2 Pilihanraya iaitu pada 2008, 2013, tapi Allah SWT tidak izinkan beliau untuk menang, dan memegang tampuk pemerintahan negara. Kerana apa? Kerana beliau berdusta pada diri sendiri dan rakyat, hidup dalam kebathilan
_"Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATHIL pasti JATUH" Saya amat yakin pada janji Allah ini kerana Allah telah membuktikan pada saya secara jelas._
5. Jadi, nasihat ikhlas saya pada Tun M, bergantunglah pada Allah, bukan bergantung pada Banduan Anwar Ibrahim untuk menang. Kerana saya sedih untuk lihat Tun akan jatuh bersama dengan _Si Bathil._