Ahad, 25 Mac 2018

[VIDEO] Lantik Pemimpin Usia 90-an Hanya Akan Pimpin Kita Ke Kubur





1. Polemik sama ada usia 90-an masih layak mengetuai kerajaan bukan sahaja hangat diperkatakan di negara ini tetapi turut menjadi isu di negara-negara Afrika ketika Robert Mugabe masih mahu memimpin Zimbabwe pada usia 90 tahun.

2. Berdasarkan rakaman video sebuah forum di luar negara yang tular di media sosial, melantik ketua kerajaan pada usia lanjut apatah lagi yang melebihi 90-an merupakan sisi negatif negara-negara di Afrika dan ini berbeza dengan perkembangan di negara maju.

3. Malah, salah seorang panel dalam forum tersebut, Mohammed Ibrahim secara berseloroh berkata, apa yang boleh diharapkan daripada seorang Presiden atau Perdana Menteri yang berumur 90-an kecuali membawa rakyat 'jalan ke kubur'. 

4. Sebab itu, katanya, memilih pemimpin berusia 90-an pastinya menjadi ketawa pihak luar berikutan kekurangan fizikal dan semangat yang ada pada individu pada usia tersebut.

_"Adakah anda gila dengan menyaksikan individu berkerusi roda dengan pergerakan tangan terbatas mahu bertanding pilihan raya?_

_"Ini sesuatu yang melucukan. Anda semua sememangnya ada hak untuk ketawa namun seluruh dunia juga sedang mentertawakan kita._

_"Individu yang berhasrat mahu menjadi pemimpin negara ketika usia tua sehingga mencecah lebih 90 tahun umpama mahu mengetuai rakyat menuju kepada jalan kematian,"_ katanya. 

5. Mohammed berkata, Afrika boleh mencontohi beberapa presiden negara lain termasuk bekas Presiden AS, Barack Obama yang menjadi presiden ketika usia 42 tahun dan Bill Clinton pada usia 46 tahun. 

_"Bagaimana negara yang besar ini boleh menaruh kepercayaan kepada pemimpin yang muda untuk membangunkan ekonomi, senjata nuklear dan sumber lain?_

_"Jika di lihat di sekeliling anda termasuk Amerika Syarikat (AS). Pencapaian ekonomi mencecah antara USD 15 sehingga USD 16 trilion. Tetapi negara Afrika kurang daripada USD 1 trilion dan memilih individu berusia 90 tahun untuk memimpin kita dengan membawa jalan ke kubur._

_"Kalau Obama tinggal di Afrika, dengan usianya yang masih dalam 40-an, beliau mungkin sekadar jadi pemandu bas, tetapi di AS beliau telah dilantik sebagai Presiden,"_ ujarnya.