Khamis, 22 Mac 2018

Wan Saiful Salah Tembak Terkena Batang Tubuh Mukhriz

Dahulu Anwar Ibrahim menjaja cerita Najib menggunakan khidmat perunding Yahudi yang bernama Acpo, Kini menjelang PRU 14 , penganjur Nothing To Hide Wan Saiful Wan Jan menuduh  Najib menggunakan khidmat perunding Cambridge Analytica untuk menang dalam PRU 13 yang lalu.

Pengarah Eksekutif Penang Institute, Dr Ooi Kee Beng pula berkata, penggunaan firma "mahal" seperti itu bertujuan menguatkan cengkaman kuasa kerajaan Barisan Nasional.

Dahulu pembangkang seperti Pas, Pkr dan Dap menyerang Barisan Nasional dan Najib dengan mengaitkan nama Paul Stadlen sebagai pegawai penasihat di pejabat perdana menteri, sehingga kad bisnes pun di war-war dalam media sosial ketika itu.


kad bisnes hasil kerja RBA




Tuduhan kedua kononnya Najib menggunakan khidmat CA hanyalah untuk membuatkan rakyat akan bertambah marah kepada kerajaan khususnya kepada perdana menteri.

Padahal Paul Stadlen adalah Ketua Eksekutif Apco worldwide yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kalau beliau bekerja dengan kerajaan sudah tentu gaji dan elaun dibayar oleh kerajaan.

Pembangkang menuduh kerajaan membayar gaji kepada Paul lebih RM1 juta setahun tetapi setakat tuduhan tanpa membawa bukti untuk membuktikan tuduhan mereka benar.

Hal gaji dan elaun gagal didedahkan oleh pembangkang, mereka hanya bermain gambar-gambar Paul Stadlen bersosial seperti mana Jho Loo dan kad bisnes yang diwar-warkan.

Kini Wan Saiful salah tembak kononnya Cambridge Analytic digunakan untuk memanipulasi keputusan pilihan raya umum yang lalu.

Pembangkang dengan yakin menyatakan laporan media bahawa Cambridge Analytica digunakan oleh pemerintah untuk mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Kedah akan menjelaskan kredibiliti Putrajaya untuk menang dalam PRU 14.

Kelmarin Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan Azrin Zizal masih bekerja sebagai pegawai medianya selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 2013.

Semua orang Alor Setar tahu bahawa Azrin Zizal masih bekerja dengan Mukhriz sehingga 2015. Kalau bukan Azrin, hantu raya mana yang berlegar di pejabat mb dan sri mentalalon.