Sabtu, 23 Februari 2019

PEMEGANG SAHAM & WARGAKERJA BANK RAKYAT SELURUH MALAYSIA

KEPADA
 
YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMED
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA​​​​​​​Tarikh : 01 Januari 2019
 
 
 
 
BANK RAKYAT
 
Kami pemegang saham dan wargakerja Bank Rakyat seluruh Malaysia mendoakan agar YAB Tun dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik serta sentiasa didalam peliharaan Allah swt dalam memimpin Negara Malaysia yang kita kasihi ini kearah yang cemerlang berbanding sebelum ini. Kami juga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2019 semoga sempena tahun baru ini pertumbuhan ekonom negara kita semakin mampan, inklusif, meluas serta yang lebih penting dapat memanfaatkan setiap segmen masyarakat.
 
Tujuan kami menulis warkah untuk YAB TUN adalah untuk melahirkan kebimbangan kami tentang perkembangan sejak 2-3 tahun kebelakangan ini berkaitan Bank Rakyat. Apakah nasib Bank Rakyat yang dianggotai oleh semua orang Melayu Islam termasuk wargakerja seluruh Malaysia pada masa depan
 
Untuk makluman YAB TUN, Bank Rakyat dari tahun 2003-2012 iaitu hampir sedekad, Bank Rakyat telah melalui beberapa proses pengukuhan. Menjelang tahun 2003, Bank Rakyat telah bersedia sepenuhnya untuk beroperasi sebagai sebuah Bank Koperasi Islam. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran pada peringkat awal namun Bank Rakyat terus berkembang sehingga menjadi sebuah bank koperasi Islam yang terbesar di negara ini dan menjadi bank pilihan ramai rakyat Malaysia.  Dari segi prestasi kewangan, Bank Rakyat telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM300 juta pada tahun 2003 dan terus meningkat dari tahun ke tahun kepada RM2 Bilion pada akhir tahun 2012.
 
Modal permulaaan Bank Rakyat sebanyak RM1 Bilion tidak habis dilanggan sepenuhnya pada peringkat awal tetapi dengan prestasi yang semakin baik dan kukuh yang ditunjukan dari semasa ke semasa, maka ramai pelanggan serta pemegang sahan yang sedia ada mula meningkatkan saham mereka sehingag habis dilanggan dalma masa beberapa hari sahaja. Kejayaan demi kejayaan ini dicapai kerana Bank Rakyat sendiri  mempunyai budaya dalaman yang baik yang sentiasa memberi motivasi kepada lebih 5,000 warga kerjanya dengan membantu mereka meningkatkan tahap produktiviti, kreativiti, kecekapan, dedikasi, pengetahuan dan juga kesetiaan.  Ini secra tidak langsung memberi pemangkin untuk Bank Rakyat berkembang dengan pesat dan membolehkan Bank Rakyat dapat membayar dividen yang tinggi sehingga purata tahunan lebih kurang 15% setahun.
 
Pada masa yang lalu, Pengarah Urusan Bank Rakyat sentiasa diterajui oleh orang luar sehinggalah menghadapi krisis persengketaan kepimpinan pada tahun 2000-2002. Krisis ini antara Pengerusi Bank Rakyat dan Pengarah Urusan. Akhirnya kerajaan telah mengambil langkah pro aktif dengan melantik Pengarah Urusannya daripada wargakerja Bank Rakyat sendiri iaitu bermula pada tahun 2003 hinggalah tahun 2017. Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat kerana mereka yang dilantik dari orang Bank Rakyat sendiri berupaya mengstabilkan Bank Rakyat kerana mereka ini lebih memahami kehendak wargakerjanya, halatuju bank dan juga pemegang pemegang sahamnya.
 
Kecemerlangan yang ditunjukan dari tahun ke tahun telah'tercemar't ekoran daripada apa yang berlaku di dalam Bank Rakyat ketika ini. Prestasi kewangan Bank Rakyat telah menurun di mana pada bulan November 2018 mencapai keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.48 Billion berbanding pada November tahun 2017 sebanyak RM 1.72 Billion. Bagi "cost of income ratio' bank pula meningkat dari 26 % (2016) manakala pada 2018 sebanyak 34 %. Salah satu faktor peningkatan yang ketara ialah kemasukkan kawan2 ZA yang bergaji besar ke Bank Rakyat. Bonus prestasi yang tidak seimbang dan juga terlalu jauh antara pihak atasan( terutama kawan2 ZA dengan wargakerja bawahan. Ini semua berlaku disebabkan tampuk kepimpinan yang lemah yang gagal memahami budaya dan kehendak wargakerja, halatuju bank yang tidak konsisten serta, tahap moral dan motivasi wargakerja yang amat rendah. Di dalam akhbar Berita Harian 23/1/2019 berkenaan tamat perkhidmatan ZA sebagai Pengarah Urusan beliau telah memaklumkan 'Sejak dua tahun lalu, kami berjaya mempelbagaikan produk, yang bukan sekadar memberi tumpuan kepada pembiayaan peribadi semata-mata, malah menawarkan produk pembiayaan runcit lain seperti perumahan, pendidikan, kenderaan dan perusahaan kecil dan sederhana," katanya' tetapi pada hakikatnya strategi tersebut telah lama dilaksanakan oleh Pengarah Urusan yang terdahulu.
 
Bemulanya tragedi hitam di Bank Rakyat bermula pada tahun 2017 apabilaTan Sri Shukry Salleh iaitu mantan Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri ketika itu dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baru. Pelantikan ini setelah menteri KPDNKK pada masa itu Dato Sri Hamzah Zainuddin (HZ) telah berjaya menamatkan kedua dua Pengerusi Tan Sri Aziz dan Pengarah Urusan Datuk Mustafha Abdul Razak dengan pertuduhan berniat politik di mahkamah. Beberapa bulan kemudian, Dato' Zulkiflee Abbas (ZA) yang merupakan kawan baik kepada HZ dilantik sebagai pengarah urusan yang baru. ZA adalah bekas pengarah urusan Bank Afin dibawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang diketuai oleh Tan Sri Lodin (Penasihat Dato Seri Najib dalam urusan !MDB). ZA juga adalah kawan/kroni kepada Dato Johari (Mantan Menteri Kewangan Kedua), Muhammad Ibrahim (mantan Gabenor Bank Negara) dan besan kepada Tan Sri Ismee Ismail (mantan CEO TAbung Haji). Oleh sebab itu pelantikan ZA sebagai pengarah urusan yang baru dipertikaikan kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. Selama ZA menerajui 2 tahun Bank Rakyat, tiada pembaharuan dan peningkatan prestasi. Pertama kali dalam sejarah Bank baki pembiayaan adalah negative. Sikapnya yang ego dan tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri telah menyalahkan wargakerja Bank Rakyat kononnya telah sabotaj prestasi bank padahal strategi 5 tahun pengurusan tertinggi bank telah gagal kerana arahan yang tidak konsisten yang selalu bertukar menyebabkan wargakerja bank bosan dan kesannya gagal meningkatkan motivasi wargakerja.
 
 Kenapa Dato Sri Hamzah bersekongkol dengan Tan Sri Appandi Ali (mantan AG) untuk mendakwa Pengarah Urusan sehingga akhirnya beliau dipecat tanpa sebarang domestic inquiry?
 
Mengenai penajaan Buku Antara 2 Abad Dato Seri Najib, pihak SPRM telah memaklumkan hasil siasatan bahawa Datuk Mustafha tidak bersalah dan telah membuat menghantar laporan penuh kepada pihak AG tetapi malangnya pihak AG masih mahu mendakwa beliau. Pemecatan Datuk Mustafha sebagai Pengarah Urusan ketika itu mempunyai agenda yang tersirat. Sebenarnya Dato Seri Hamzah mahu mempastikan Projek Core Banking Bank Rakyat akan dapat dianugerahkan kepada syarikat Silverlake. Ketika Datuk Mustaha sebagai Pengarah Urusan ketika itu tidak bersetuju dengan jumlah tender RM450 juta dan dianggap sangat tinggi dan mahu berunding tentang harga. Tetapi malangnya setelah beliau dipecat, projek tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah lantikan Dato Seri Hamzah bernilai RM571 juta. (Harga asal yang dipersetujui sebelum itu ialah RM450 juta). Tender ini tidak terbuka malah direct nego antara pihak bank dengan syarikat Silverlake. Yang menjadi semakin pelik ialah pembayaran pertama iaitu satu bulan selepas dianugerahkan tender. Variation Order banyak dilaksanakan mengakibatkan pertambahan kos yang tinggi. Salah satu faktor pembayaran dipercepatkan ialah kerana pilihanraya (PRU 14) akan dijalankan.
 
ZA telah membawa masuk 'satu rombongan bas' yang terdiri daripada kenalannya semasa beliau bertugas di Mayban dan Afin Bank. Beliau telah melantik 2 jawatan tertinggi iaitu Ketua Pegawai Operasi (CFO) iaitu Dato Amir dan Dato Asmuni. Lebih 20 orang dilantik jawatan Ketua Pengurus Kanan. ZA juga melantik 4 orang kenalan dari Taman Perumahan yang sama beliau diami di Bukit Jelutong sebagai Team Management berjawatan Ketua Pegawai. Tindakan beliau ini yang membawa masuk orang luar telah menafikan hak wargakerja yang dedikasi dan cemerlang yang bertungkus lumus selama ini dan kemuncaknya apabila ZA bersama teamnya dengan sinisnya tidak mengiktiraf kejayaan bank sebelum beliau menjawat pengarah urusan dengan menyatakan kejayaan dulu adalah nasib semata mata. Kenyataan ini telah menguris hati perasaan wargakerja yang bertungkus lumus menjadikan Bank Rakyat sebagai koperasi yang menjana keuntungan tahunan RM2 bilion. Akhirnya kesan kata kata itu menyebabkan wargakerja memulaukan aktiviti bank termasuk Jamuan Makan Malam Tahunan Bank. Remuk hati wargakerja yang selama ini bersungguh sungguh menjulang nama Bank Rakyat sehingga pelbagai anugerah diperolehi dan diiktiraf diperingkat global sebelum ini. ZA juga telah memberi jawatan yang tinggi kepada staff anak syarikat yang tidak menunjukkan prestasi dan kemampuan sebelum ini. Ini juga menjadi punce wargakerja 'memberontak' tapi apakan daya kami semua hanyalah ikan bilis.
 
Alhamdulillah pada 9/5/18 Rakyat Malaysia telah membuat pilihan tepat untuk memilih Pakatan Harapan menjadi kerajaan baru dan YAB TUN sendiri dipilih menjadi Perdana Menteri kali ke 2. Harapan kami ialah kerajaan baru ini dapat mengubah dan membersihkan Bank Rakyat dari politikus yang rakus dan tamak yang hanya pentingkan diri sendiri dengan membelakangi misi dan visi Bank Rakyat.
 
Tetapi malangnya perubahan yang kami harapkan hancur berkecai apabila YAB TUN melantik YB Redzuan Md Yusof sebagai Menteri Pembangunan Usahawan untuk menjaga Bank Rakyat. Kami harapkan beliau dapat membawa perubahan yang positif tetapi tindakan beliau sama haprak dengan menteri terdahulu. Kami berani berkata sedemikian kerana telah melantik Noripah Kamso sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baru. Kami amat mengalu-alukan penyingkiran Pengerusi dan ahliahli lembaga pengarah yang dilantik
oleh menteri terdahulu kerana penyalahgunaan kuasa terutamanya dalam membuat penganiayaan kepada Datuk Mustafha sehingga tersingkirnya beliau daripada jawatan Pengarah Urusan. Siapakah Noripah Kosmo ini? Beliau adalah kenalan kepada isteri pertama menteri iaitu Hamidah Osman. Hamidah Osman dan Noripah Kosmo adalah kakitangan CIMB bank dan hubungan keduanya terjalin begitu lama. Noripah Kosmo ketika itu ialah CEO CIMB Principal Islamic Assets manakala Hamidah pula adalah Director Consumer Banking. Calon-calon yang dicadangkan untuk dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Bank Rakyat ialah terdiri daripada raka-rakan Hamidah seperti Rosman Mohammed, bekas SGM Bank Rakyat yang mempunyai rekod pengurusan yang buruk sehingga beliau dengan sendirinya meletak jawatan kerana tidak mampu untuk menyumbang kepada Bank Rakyat.
 
Noripah dan Hamidah juga sedang merancang untuk menggantikan Pengarah Urusan sekarang kepada rakan baik mereka, Nor Azzam Abdul Jalil yang juga bekas wargakerja CIMB. Kami amat mengalu-alukan penggantian Pengarah Urusan tetapi malangnya scenario 'satu rombongan bas' bakal berulang. 2 tahun lepas Pengarah Urusan membawa rombongan dari Mayban dan Afin Bank dan mungkin selepas ini rombongan dari CIMB Bank pula akan menyusul. Lebih teruk seorang isteri diberi kuasa untuk memilih siapa Pengerusi, Pengarah Urusan, Ahli Lembaga Pengarah dan tidak mustahil  akan datang isteri menteri akan meilih sesiapa sahaja yang disukai untuk menjawat jawatan tertinggi. Baru - baru ini Pengerusi telah melantik seorang pegawai khas beliau yang juga pernah bertugas di CIMB iaitu Zuhaine binti Zulkarnian. Noripah juga berlagak seolah beliau Pengerusi Eksekutif dengan mencampuri urusan harian operasi bank termasuk melawat cawangan2 bank rakyat dan menganggu kelancaran operasi di cawangan. Beliau juga dalam perutusan tahun baru menyentuh soal remeh temeh seperti Surat Layang yang tidak patut dibangkitkan oleh seorang Pengerusi. Kami amat berharap agar sesuatu dapat dilakukan bagi mengubah scenario ini. Adakah akan wujud Rosmah ke 2 dalam Negara kita? Situasi pemilihan Pengarah Urusan lebih kritikal dengan pengumuman kementerian Pembangunan 
 Usahawan (MED)pada 23/1/2019 di mana ZA akan tamat perkhidmatan pada 2/4/2019. Kenyataan MED di dalam akhbar berkenaan isu tamat perkhidmatan Pengarah Urusan "Perkembangan itu menunjukkan perubahan hala tuju positif Bank Rakyat, selaras komitmennya dalam memupuk kepercayaan dan ketelusan dalam operasi, seiring dengan keperluan pengawal seliaan terkini dan amalan terbaik global dalam industri perbankan," kata MED hanya lah untuk mengaburi mata rakyat di mana sebenarnya Menteri dan isterinya sedang mengatur strategi memasukkan orang kepercayaan mereka seperti Pengerusi bagi memberi pembiayaan bagi kroni2, mengaut duit bank melalui sumbangan seterusnya menghancurkan bank. 

Wargakerja Bank Rakyat mahukan perubahan secara drastik bagi meningkatkan motivasi dan mengstabilkan prestasi Bank Rakyat yang sedang menjunam. Kalau dibiarkan keadaan ini berterusan dimana politikus, isteri politikus atau yang tiada kaitan mencampuri urusan Bank Rakyat, tidak mustahil Bank Rakyat akan musnah dan tidak boleh diselamatkan lagi.
 
Bantuan kewangan bagi pihak Barisan Nasional bukan sahaja dari segi projek yang dianugerahkan / award kepada Political Inclination juga diperolehi melalui Yayasan Bank Rakyat, sumbangan dan wang zakat. Kes tersebut sama dengan kes Tabung Haji yang sedang disiasat oelh pihak Polis dan SPRM.
 
 
 
Pada tahun 2003, YAB TUN pernah memberi ucapan :
 
" LEMBAGA PENGARAH SESEBUAH ORGANISASI HENDAKLAH SENTIASA DIPILIH DARI KALANGAN PROFESSIONAL DAN BUKAN DARI KALANGAN AHLI POLITIK. KITA TELAH MEMBINA DAN MENJADIKAN BANK RAKYAT PADA TAHAP YANG AMAT MEMBANGGAKAN " 
 
Kenyataan ini dibuat oleh YAB TUN untuk mengstabilkan pengurusan Bank Rakyat dengan melantik Tan Sri Syed Jalaluddin Syed Salim sebagai Pengerusi Bank Rakyat ketika itu.
 
Pada 19 Disember 1977 semasa perbahasan Rang Undang Undang Bank Rakyat (peruntukan khas) , Perdana Menteri ketika itu ( YAB TUN HUSSEIN ONN) berucap :
 
"KERAJAAN SUKA MELIHAT BANK GERAKAN KOPERASI BERKEMBANG DENGAN PESAT DAN SIHAT DI NEGARA INI, KERANA IA MERUPAKAN SATU DARIPADA JENTERA YANG BOLEH MEMBAIKI TARAF SOSIAL EKONOMI RAKYAT, KERAJAAN JUGA SUKA MELIHAT BANK RAKYAT DAPAT DIURUS DAN DITADBIRKAN SEMULA DENGAN SECEPAT MUNGKIN MENGIKUT PRINSIP-PRINSIP DAN LUNAS-LUNAS KOPERASI'.  
 
Kami yakin masalah salahguna kuasa dan ketidakadilan ini akan berterusan selagi Bank Rakyat dibawah kemneterian yang diketuai oleh menteri. Oleh itu untuk mengatasi masalah ini, ingin kami mengsyorkan kepada YAB TUN agar perjalanan Bank Rakyat dikembalikan kepada pemegang pemegang saham dan secara langsung menamatkan Akta Bank Rakyat.  
 
Dengan keterangan dan fakta di atas, maka besarlah harapan kami agar YAB TUN dapat bertindak segera demi masa depan Bank Rakyat. Kami difahamkan bahawa Kesatuan Pegawai Bank Rakyat (PEBARA) dan Kesatuan Sekerja Kakitangan Bank Rakyat ( KSKBR) telah menyuarakan kebimbangan mereka dengan apa yang berlaku di Bank Rakyat sekarang  dan telah menghantar surat kepada YAB TUN menyuarakan hati dan hasrat mereka.
 
Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YAB TUN mengenai perkara yang kami suarakan ini, YAB TUN dapat merealisasikan harapan kami dan secara langsung mendapat perhatian segera daripada YAB TUN. Segala pertimbangan sewajarnya daripada YAB TUN dalam hal ini amatlah kami hargai.
 
Sekian, terima kasih.