Isnin, 30 September 2019

TUN M TIDAK PERCAYA KETERANGAN SAKSI DATUK AMHARI?

Mohd Puad Zarkashi
25.9.2019

Tun M menolak cadangan Prof. Jomo Kwame Sundaram supaya projek ECRL ditangguh. Bahkan dia cabar Jomo untuk berunding idengan Kerajaan China. Jika mereka setuju tangguh, Malaysia akan setuju tangguh.

Jomo cadang tangguh berdasarkan keterangan saksi  Datuk Amhari Nazaruddin di Mahkamah kononnya projek ECRL dibuat untuk menyelamatkan 1MDB dan SRC.

Itu bermakna Tun M macam tidak percaya keterangan Amhari di Mahkamah. Padahal Tun M paling kuat menggunakan isu 1MDB untuk memfitnah Najib dan menumbangkan BN.

Nampaknya Tun M juga sedar, bergaduh dengan China merugikan Malaysia. Sebab itu dia buat u-Turn dengan meneruskan ECRL yang sebelum ini dibatalkan sama sekali.

Yang malu adalah Jomo. Terlebih mengampu. Dia bekas ahli CEP (Council of Eminent Person). Apa kejayaan CEP yang dituduh sebagai “Kerajaan dalam Kerajaan”? Mana report 100 hari yang dijanjikan oleh CEP?

Yang pasti ekonomi bertambah teruk. Janji 100 hari tidak juga tertunai. Lebih kurang 14 aset Khazanah bernilai hampir RM30 Bilion telah pun dijual. Jomo dan pakar pakar lain patut malu dengan kegagalan CEP

Masalahnya kenapa Jomo boleh percaya dengan keterangan Datuk Amhari sedangkan Tun M tidak percaya. Tahukah Jomo, gaji Amhari ialah RM85K sebulan termasuk RM55K sebagai Pengarah di Khazanah Nasional. Jomo boleh siasat kerana dia adalah Penasihat Institut Kajian Khazanah.

Semua orang terkejut, di umur yang masih muda dan dia mengaku hanya bertaraf pegawai junior tetapi Amhari telah memiliki dua banglo di Damansara bernilai RM1.8 Juta sebuah dan dua Kondo studio di Johor Bahru.

Itu tidak termasuk menerima wang berjumlah USD250K daripada Jho Lo yang kononnya pinjaman untuk membeli banglo lain.

Rakyat semakin celaru. Semoga ahli akademik dan ilmuan berjiwa besar untuk membetulkan kecelaruan ini. Bukan menjadi bias dan alat.