Selasa, 15 Oktober 2019

Majlis Konvo UM Tercemar

Siapa graduan biadap yang menjerit-jerit, tayang plakad protes Naib Canselor UM di atas pentas ketika Istiadat Konvokesyen sedang berlangsung?

1. Graduan kejuruteraan tersebut bernama Wong Yan Ke, Presiden UM Association of New Youth (UMANY). UMANY merupakan pertubuhan pelajar Cina UM pro-DAP yang ditubuhkan pada 2001.

Video insiden: https://www.facebook.com/177896126093/posts/10156802171361094/

2. Wong banyak mencetuskan kekecohan sepanjang bergelar siswa UM. Kebiadapannya dalam Istiadat Konvokesyen tersebut adalah rentetan daripada kempennya mendesak Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan. Wong mendakwa Naib Canselornya itu membuat ucapan berbaur perkauman dalam Kongres Maruah Melayu, 6 Oktober lalu (Abdul Rahim dalam ucapannya berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal)

3. Masih ingat perkataan 'Raykat'? Pada 22 Mac 2019, Wong bersama lima anggota UMANY mengadakan protes Najib Razak di hadapan Restoran Amjal, Pantai Baru. Najib ketika itu sedang bersembang santai bersama mahasiswa UM dan UKM. Wong menayangkan poster karikartur 'Najib Badut' beserta plakad 'Pulangkan Duit Raykat'. Protes bertukar menjadi kecoh akibat provokasi yang dibuat keenam-enam siswa pro-DAP tersebut.

4. Wong aktif berkempen menyokong Statut Rom. Pada 8 April 2019, Wong bersama 9 orang melancarkan petisyen mendesak kerajaan meratifikasi Statut Rom. 27 April 2019, mereka menganjurkan forum Malaysia dan Statut Rom bertempat di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur (anjuran bersama ABIM, Ikram, G25, SIS dan lain-lain). Antara panel yang hadir ialah Tommy Thomas (Peguam Negara) dan Noor Farida Ariffin (G25).

Forum ini menjadi kontroversi apabila salah seorang panel, Asheeq Ali Sethi Alivi (rakan Wong dari UKM) mendakwa tindakan empat ahli akademik menulis ringkasan mengenai penolakan Status Rom kepada Majlis Raja-raja sebelum ini sebagai 'bodoh'.
(https://www.malaysiakini.com/news/473944)

5. Pada 16 Julai 2019, Wong bersama Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor menyerah memorandum kepada Suhakam, menuntut agar Cawangan Khas PDRM dibubarkan dan diganti dengan sebuah badan bebas.
(https://www.thesundaily.my/…/human-rights-activists-call-fo…)

Wong di atas pentas menjerit, "No rasis, ini tanah Malaysia", sebaliknya UMANY sendiri merupakan pertubuhan berasaskan perkauman.

Ulasan kami, jenis siswa biadap sebegini daripada UMANY atau DEMA serta rangkaiannya, sudah generasi demi generasi berulang (khususnya bermula tahun 1999), akhirnya menjadi ahli politik (DAP atau PKR), bertanding PRU, kemudian jadi wakil rakyat. Tidak hairanlah hari ini kabinet dan parlimen penuh dengan pemuka biadap.