Sabtu, 15 Ogos 2020

BN Yakin Menang Besar Dengan Sokongan Bersatu dan Pas

Kehadiran dua tokoh pemuda PPBM Perak iaitu Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dan rakan nya Herman Hassan berlaku sedikit kekecohan dimana berlaku insiden mengebooo berlaku apabila nama Armada disebut oleh ketua pemuda Umno dan Presiden Umno dalam satu majlis pelancaran jentera pemuda BN bagi PRK N.58 Dun Slim di Felda Residence Trolak pagi tadi.

Sebelum majlis bermula, pengerusi majlis telah mengingatkan agar semua wartawan media perdana keluar dewan kerana majlis tersebut adalah majlis tertutup. Walau bagaimana pun wartawan diminta menunggu untuk sidang media selepas selesai majlis. 

Berita yg manyatakan insiden mengebooo adalah kali kedua selepas PRK Chini.  Malaysiakini terawal mengulas insiden tersebut dan diikuti oleh Sinar dan lain-lain mungkin. 

Kawalan keselamatan dilakukan oleh skuad sabil di bawah pemuda Umno Malaysia. Berkemungkinan mereka skuad sabil tidak dapat mengenali wartawan kontroversi tersebut. 

Mereka ini memang cekap dan pintar untuk menyusup masuk ke dalam program-program Umno khususnya. Pernah beberapa kali mereka dihalau oleh ahli umno kerana menyusup masuk dalam program Umno dan persidangan Umno di PWTC Kuala Lumpur satu ketika dahulu.  Salah seorang wartawan ialah dua perempuan berbangsa cina siap bertudung duduk di kawasan tetamu jemputan.  Kehadiran mereka bagaimana berjaya dikesan oleh berapa orang pemuda Umno dan tindakan segera diambil dan meminta mereka beredar secara baik tanpa mencetuskan sebarang kekecohan. 

Begitu juga pada satu persidangan Agong Umno, wartawan Malaysiakini yg tidak diundang telah melepak di belakang Big screen atas duduk di atas lantai siap dengan laptop dan blackberry. Kepada main stream media yang dijemput mereka ditempatkan di bilik media yang serba lengkap dengan tv litar tertutup dan WiFi untuk kemudahan mereka, malah minuman dan makanan juga turut disediakan. 

Berbalik kepada PRK N.58 SLIM, beberapa hari lepas semasa majlis memperkenalkan calon YB Dato Saarani Mohamad Pengerusi BN Perak telah meletakkan satu anggaran BN bakal meraih undi besar iaitu 14 ribu. 

Pada Pru14 lalu BN menang dengan 8327 undi, manakala PBBM dapat 6144 dan Pas memperoleh 4103 undi. 

Kali ini keputusannya akan berbeza kerana Pas dan Umno telah bekerjasama dalam Muafakat Nasional atau Penyatuan Ummah. 

Hari ini pula Presiden PPBM pula telah menyatakan pendirian mereka untuk bersama dalam Muafakat Nasional, jadi dengan itu BN yang bertanding di #PrkSlim kali ini boleh di rebranding sebagai calon Muafakat Nasional. 

Oleh itu wajar lah semua jentera dan ahli PPBM mengikut jejak Pas di beberapa PRK lalu dengan turun ke lapangan untuk memenangkan calon Muafakat Nasional. 

Insya-Allah jika berpegang kepada janji dan sumpah setia Mohd Zaidi Aziz boleh memecah rekod baru dengan memperolehi 20 ribu lebih undi. 

Sekian.