Isnin, 26 Oktober 2020

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DISARAN LETAK JAWATAN

https://www.facebook.com/495220577882152/posts/851664755571064/
๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†

*KENYATAAN MEDIA*

*
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin Disaran Sekali Lagi Mengadap Kebawah DYMM SPB Tuanku Abdullah Untuk Mempersembahkan Surat Perletakan Jawatannya Sebagai Perdana Menteri.

2. Kewibawaannya Sebagai Perdana Menteri Malaysia Sudah Jelas Menunjukkan Beliau Gagal.

3. Adalah Lebih Baik Beliau Lakukan Segera Sebelum Beliau Dimalukan Lagi. Kita Tidak Mahu Kerajaan TSMY Akan Menggunakan Tektik Tertentu Pulak Nanti Setelah Tektik Darurat Gagal. Keresahan Rakyat Wajib Diutamakan.

4. Sebagai Rakyat Malaysia , Saya Merasa Malu Punyai Perdana Menteri Yang Dilihat Gagal Menjalankan Tugasnya Dengan Baik Diwaktu Rakyat Memerlukan Seorang Ketua Yang Cekap Di Kala Negara Sedang Dilanda Serangan Covid 19 Ini.

5. Rakyat Malaysia Kebanyakannya  Amat Bersyukur Bila Mana DYMM Tuanku Agong Menolak Saranan Kerajaan TSMY Untuk Melakukan Perintah Darurat Atas Isu Covid 19 , Namun Rakyat Melihat Ini Lebih Kepada Darurat Politik Untuk Menyelamatkan Nyawa Politik Kumpulan TSMY Sahaja.

6. Saya Juga Berpendapat , Barisan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin Juga Wajar Meletakkan Jawatan Masing Masing Kerana Gagal Menjalankan Tugas Dengan Baik . Mereka Dilihat Lebih Gemar Bermain Politik Dari Menjalankan Tugas Mereka Sebagai Seorang Menteri Atau Timbalan Menteri.

7. Kerajaan Yang Dibentuk , Yang Bukannya Dari Mandat Rakyat Wajib Dikembalikan Kepada Rakyat Untuk Rakyat Membuat Keputusan Yang Sebaiknya Nanti.

8. Kepada Kepimpinan UMNO & PAS Yang Masih Berada Di Dalam Kerajaan PN ,Kembalilah Kepada Perjuangan Asal Di Muafakat Nasional.
Kecemerlangan Kalian Akan Tercalar Jika Terus Berada Bersama Kerajaan PN.

9.Bilamana Fitnah Berjaya Menjatuhkan Sebuah Kerajaan Yang Mementingkan kebajikan Rakyat Dan Negara ( BN ) Maka Terbentuklah PH Dan Kini PN...Namun BN & MN Adalah Yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia Diwaktu Ini.
Tidak Stabil Politik & Tidak Stabil  Keadaan Ekonomi Malaysia Sejak Kita Kehilangan Pemerintahan BN Yang Mementingkan Itu Semua.
Kita Wajib Membawa Malaysia Ke Zaman Itu  Kembali Demi Kestabilan Malaysia Dan Rakyatnya.



*ZAMIL IBRAHIM*
Timbalan Presiden 
Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia ( KPPUM )
Ahli UMNO & BN & MN


25 Okt 2020
Sg Petani Kedah

*#MN & BN & PAS*