Isnin, 23 Jun 2008

Husam Musa dimalukan lagi hari ini

Warga emas dicekik meninggal

KOTA BHARU 22 Jun - Seorang warga emas yang dipercayai dicekik seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Kampung Chabang Empat, Tumpat pada 16 Jun lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini kelmarin.

Mangsa, Yah Amat, 79, yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tumpat (HT) setelah keadaannya dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Nor Azizan Anan berkata, mangsa bersendirian di rumah sebelum didatangi seorang lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya pada kira- kira pukul 1 pagi.

Katanya, kejadian itu disedari oleh cucu mangsa yang kebetulan ketika itu melalui di hadapan rumah neneknya.

"Cucu mangsa melihat pintu rumah neneknya terbuka lalu masuk ke dalam dan mendapati lelaki itu sedang mencekik neneknya lalu bertindak menyergah.

"Ia mengejutkan lelaki terbabit yang kemudiannya melepaskan mangsa tetapi sempat menendang cucunya sebelum melarikan diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu yang menyembunyikan diri dalam belukar tidak jauh dari situ ditangkap oleh sepasukan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Beliau berkata, jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian.


Komen: Husam menyatakan negeri nya baik dari segi jenayah, lihat hari ini,,,apa dah jadi, Tak selamat tinggal di Kelantan.