Rabu, 2 Julai 2008

Anwar yang bestari

Kes Liwat Anwar kali ini memang kecoh. Tindakan Anwar menghadapi kes kali ini nampaknya sama seperti 1998. Dahulu bila dipecat dia terus buat road show dan isunya bukan membela diri mengenai kes liwat tetapi mengalih hujah kepada rasuah kerajaan BN. kes liwat sama sekali tidak disebut.

Kali ini style nya sama. dia menukar isu kes kepada 4 orang UMNO akan sertai PKR, isu Musa Hasan, isu Ghani Patail, isu Rahim Noor , isu Rosmah dan dan macam -macam lagi.

Ternyata Anwar seorang poliktus yang licik ,bijak menukar tajuk menenggelamkan isu liwat kepada isu negara seperti rasuah, ugutan bunuh, pilihan raya kecil dan sebagainya,

Dahulu Taib Azamudin bekas imam masjid negara pernah berkata dia ada rahsia besar mengenai anwar, kenapa tak dedahkan.

Sebut dedah=dedah. anwar kata dia ada bukti berkotak-kotak yang nak didedahkan tetapi mana dia?