Apabila ada menerima panggilan telefon menyatakan anda memengani paket percutian ke Pulau Perangian di Malaysia , sila letak dan jangan layan. Begitu juga jika ada yang ingin memberi kad Platinum . jangan percaya semua pengbohongan.
Beberapa tahun dulu aku telah terpedaya dengan syarikat percutian oleh Berjaya. setelah menjadi ahli aku rasa cukup sukar mendapat layanan. paket cuti 7 hari setahun bunyi sedap tetapi nak dapat 7 hari cukup seksa. alasan mereka sudah penuh, akhir nya menawarkan penginapan di Berjaya Penang dan KL Plaza, itu saja yg mereka mampu bagi. Nak minta lain-lain tempat..ohh sudah penuh , kita hanya bilik yang terhad di sana.
Baru baru ini aku dapat lagi panggilan dari sebuah hotel Grand Season menyatakan aku terpilih untuk paket percutian di Kuantan dan suruh aku datang ambil tiket free. sorry,cukup dah,
Syarikat percutian ini hanya nak merompak wang kita. tetapi gagal menyediakan bilik yang cukup untuk ahli. Setiap tahun mereka menambah ahli.,tetapi bilik percutian masih tahap lama. tak hairan aku selalu melihat pelanggan baik melayu atau cina selalu bertengkar dengan pekerja mereka di pejabat jualan. semua tak puas hati. duit minta tiap-tiap tahun tapi perkhidmatan buruk.