Jumaat, 11 Julai 2008

INI telahan Pas terkini

Umno dan politik lendir
Ahmad Tajdid
Fri | Jul 11, 08 | 12:07:22 pm MYT

Entah apa istimewanya, media massa milik Umno begitu gemar memainkan isu tuduhan liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim.
SIAPA YANG TUDUH ANWAR LIWAT? UMNO TAK TUDUH. KALAU TUDUH UMNO KENA CARI 4 SAKSI .YANG BUAT TUDUHAN ADALAH MANGSA LIWAT.

Sejak tuduhan dilemparkan kepada Anwar ekoran laporan polis yang dibuat pemandu sukarela pejabat mantan Timbalan Perdana Menteri itu, 23 Jun lalu, isu liwat ini dimainkan saban hari dan menjadi isu paling sensasi dalam laporan-laporan media massa pro-BN.
ORANG TAK KATA APA PUN , ANWAR YANG SIBUK LARI KE KEDUTAAN TURKI BUAT APA.ANWAR YANG BUAT ROAD SHOW DAN KAITKAN ORANG LAIN DENGAN TUDUHAN NAK MEMATIKAN KARIER POLITIK DIA, SO SIAPA BUAT HEBOH....ANWAR SENDIRI ATAU UMNO?

Ketika siasatan polis sedang dijalankan dan episod-episod sampingan kes liwat itu digembar-gemburkan menjadi isu nasional dan antarabangsa (isu campur tangan Amerika Syarikat terhadap hal ehwal dalaman Malaysia), ada kalangan pemimpin Umno yang semacam tidak sabar-sabar mahu Anwar bermubahalah.

SIAPA YANG BUAT CADANGAN SUPAYA BERSUMPAH? MUFTI PERLIS YANG BUAT CADANGAN DAN DIKOMEN BALAS OLEH NIK AZIZ.

Ada juga individu yang bertaraf pemimpin tetapi jahil agama mahu Anwar menjunjung al-Quran dan bersumpah tidak melakukan perbuatan jelik itu.

BETULLAH TU DARI BIAR ANWAR BERDOLAK DALIK MENGENAI ISU LIWAT. ELOK LAH DIA BUAT PENGAKUAN BERSUMPAH DAN TAK PERLU DEPAN MUFTI ATAU HAKIM PUN DIA BOLEH BUAT SUMPAH. ELOK LAGI SEMASA DIA BERCERAMAH DALAM STADIUM ATAU DEWAN DI SENDIRI ANGKAT SUMPAH. TAK KIRA LAH PEGANG QURAN KER, JUNJUNG QURAN KER TAK PEGANGKER SEMUA BOLEH. ITU LEBIH ELOK DARI DIA BERSANDIWARA MACAM TAHUN 98 DULU.

Bukan itu sahaja, tulisan pemuda yang mendakwa dirinya diliwat Anwar dalam blog tunangannya dipetik dan dijadikan semacam hujah bahawa Anwar takut untuk bermubahalah...

PAS DUK TUNJUK RUMAH BESAR UMNO DALAM INTERNET TAK APA PUN. TUNJUK GAMBAR TEMPEK NAJIB DAN MONGGOLIA BOLEH. KENAPA ORANG LAIN TAK BOLEH TUNJUK TUNANG DIA. SALAH KAH?

Malah komen-komen para pemimpin Umno yang disiarkan akhbar dan media elektronik seolah-olah membayangkan keyakinan mereka bahawa jenayah itu dilakukan Anwar.

TU FITNAHLAH. UMNO KOMEN FASAI ANWAR DOK BABITKAN ORANG LAIN NAK BUNUH KAREIR POLITIK DAI.SO BILA ORANG SANGKAL DAKWAAN DIA JANGAN LAH BERANG.


Pergerakan Pemuda Umno pada 6 Julai memaklumkan akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai isu tuduhan liwat membabitkan Anwar.

MEMAMG PEMUDA KENA BUAT UNTUK MENGELAKKAN ANWAR MERACUN PEMIKIRAN RAKYAT TERMASUK UMNO. UMNO MEMANG PERLU MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KESEMUA PERINGKAT BAWAHAN MACAM PAS DOK BUAT CERAMAH DI PEKAN KAMUNTING TIAP-TIAP MINGGU TUUUU...

Ketuanya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jelajah yang akan dilakukan bersama barisan Exco Pergerakan Pemuda amat penting untuk memberi penerangan mengenai pembohongan dan muslihat Anwar yang dilihat boleh menghancurkan negara.

BETUL . MEMANG ANWAR NAK JUAL NEGARA. INI PAS KENA SEDAR SIKIT KALAU SAYANG AKAN NEGARA DAN ISLAM PAS KENA PINGGIRKAN PKR DAN DAP

Begitulah hebatnya isu liwat ini bagi Pemuda Umno sehingga kononnya mampu 'menghancurkan negara'.

ISU LIWAT BOLEH DI SELESAIKAN DI MAHKAMAH. YANG NAK HANCUR NEGARA BILA RAKYAT BUAT KACAU KERANA MENYOKONG ANWAR. 98 KITA TENGOK RAMAI ORANG MISKIN KENA TANGKAP FASAL SOKONG ANWAR. DAN KELUARGA ANWAR TAK BAGI BERAS PUN KAT KELUARGA MANGSA. DIA HANYA BAGI DUIT BILA TUNJUK HEAD BEN KEADILAN. BEGITU MURAHNYA NILAI DIRI RAKYAT MALAYSIA DI MATA ANWAR. RAKYAT BOLEH DI SURUH JADI PECACAI BUAT KACAU DI BANDAR KL DAN UPAH DI BAGI KEMUDIAN BILA TUNJUK KAIN LILIT KEPALA.

Bukan itu sahaja, Hishamuddin berharap jelajah yang akan bermula di Johor itu "diharap akan dapat menyuntik semangat Pemuda Umno di peringkat akar umbi selain mendedahkan pembohongan besar serta muslihat Anwar selama ini".

Begitulah tingginya harapan Hishamuddin terhadap isu liwat ini sehingga yakin ia mampu "menyuntik semangat" pemuda Umno yang gamaknya semakin malap akibat kekalahan mengejut BN di lima negeri dan kesukaran hidup ekoran kenaikan harga minyak.

Dalam keghairahan pemimpin Umno mendesak Anwar bersumpah, mantan TPM yang pernah menghadapi tribulasi serupa pada 1998 yang membawa kepada tahanan ISA dan enam tahun pemenjaraannya tidak mudah melatah.

Malah Anwar bertegas tidak akan melakukannya atas nasihat ulama dalam dan luar negara termasuk Mufti Perak Dato Seri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya.

Beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada memintanya berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa.

Sehubungan itu pada 9 Julai, Anwar membuat laporan di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mohd. Saiful, 23, membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur, mendakwa kononnya dia diliwat oleh majikannya (Anwar) di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
KONON KER TAK KONON KER. DIA DAH BUAT LAPORAN. LIWAT ADA HUKUMAN DIAM, ADA SEKSYEN DIA. KITA TUNGGULAH SIAPA BETUL. SIAPA KENA LIWAT? ADA MENS REA KAH. ADA ACTUS REA KAH.


Qazaf adalah satu kesalahan dalam Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang merujuk kepada tuduhan zina palsu terhadap orang lain.

KALAU ANWAR BERSALAH MAKA TERIMA LAH HUKUMAN, KALAU SAIFUL MEMBUAT TUDUHAN PALSU MAKA DIA TERIMALAH HUKUMAN NYA. KITA JANGAN HEBOH MACAM KES MAT SABU DULU TU.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

KES LIWAT BUKAN KES ZINA...TAK SAMA BANGANG BETUL LAH LUUUU PAS.KATA PANDAI HUKUM HUDUD DAN HUKUM FIQAH.

Menurut Anwar, keputusan membuat laporan itu dibuat selepas beliau dinasihati beberapa ulama dan peguam.
ELOKLAH.....SILAP-SILAP TUDUHAN MAKAN TUAN MACAM GALI KUBUR SENDIRI LAH ANWAR NI..

Bagi Anwar, tindakan beliau itu bukan bertujuan menghalang dan menidakkan saluran mahkamah sivil.

DIA INGAT DIA BOLEH SELAMAT DENGAN MAHKAMAH SYARIAH? POOORAH...

�Ini bukan nak halang apa-apa, cuma bersihkan nama. Dan mengikut peruntukan penguatkuasaan (undang-undang syariah) memang ada peruntukan (qazaf).
BUKTIKAN LAH

�Kita diberitahu, pihak penguat kuasa JAWI akan segera siasat laporan ini,� ujar Anwar dipetik Utusan online.

HARAP JAWI TAK BERAT SEBELAH. KALAU RAMAI ORANG PAS MAKA KES BOLEH JADI MACAM MAT SABU DULU

Kamar Ainiah Kamarulzaman, peguam syar'ie yang mewakili Anwar menjelaskan, laporan itu dibuat memandangkan dalam kes liwat yang sedang dihadapinya, hukuman qazaf ke atas orang yang membuat tuduhan palsu tiada dalam undang-undang jenayah sivil.
KITA TENGOKLAH NANTI SIPA BENAR SIAPA SALAH. PRIMA PACIE

"Peruntukan undang-undang (mengenai tuduhan palsu tanpa saksi) ini hanya termaktub di bawah kesalahan jenayah syariah, sebab itu kes ini perlu dibicarakan dan diadili mahkamah syariah," jelasnya.

Apa yang dilakukan Anwar sememangnya bertepatan dengan kaedah syarak. Dan pastinya tindakan beliau ini dapat menutup pintu fitnah yang dibuka lebar pemimpin Umno.

TUNGGULAH KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH PULAK

Bagaimanapun seperti dijangka, media massa pro-Umno tidak serik-serik untuk mempolitikkan isu liwat ini.

DAN ANWAR JANGAN MEMUTAR BELITKAN KENYATAAN DENGAN MENUDUH UMNO MERANCANG SEMUA INI.

Utusan Online di waktu yang sama memetik kenyataan Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Paduka Zaitoon Othman kononnya laporan Anwar itu seolah-olah �mencari perlindungan� atas dakwaan liwat yang masih belum dibuktikan.

BETULLAH TU....KALAU BENAR KENAPA LARII

"Dia (Anwar) boleh buat apa sahaja termasuk aduan qazaf, tetapi mengapa dia terlalu cepat mengadu sedangkan isu liwat itu masih belum selesai disiasat polis.

AYAT APA NI?

"JAWI perlu membuat siasatan, terpulang kepada JAWI sebelum ia mengambil sebarang tindakan susulan,� kata Zaitoon ketika dihubungi Utusan Malaysia.

JAWI KENA SIASATLAH...BUAT KERJA KERANA ALLAH BUKAN KERANA PAS DAN ANWAR.

Sememangnya Persatuan Peguam Muslim membawa suara Umno dalam apa juga isu yang melanda negara. Lihat sahajalah tindakan persatuan itu dalam membela Kerajaan BN dalam isu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas pada 1988.

Maka komen-komen dangkal beberapa peguam pun dirakam bagi menguatkan hujah Zaitoon. Semuanya bagi menghalalkan tindakan Umno dan BN mengeksploitasi isu liwat ini jauh melewati isu-isu negara yang lebih penting seperti kenaikan melampau harga minyak, rendahnya kredibiliti kerajaan yang memerintah, rasuah, inflasi dan kadar jenayah yang meningkat.

Malah kes liwat ini dijadikan senjata untuk merenggangkan hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Satu rencana berita yang disiarkan Utusan Online bertarikh 10 Julai mempersoalkan kesetiaan DAP dan PAS untuk terus bersama KeADILan ekoran kes membabitkan Ketua Umum KeADILan itu.

Utusan Online mendakwa, walaupun pemimpin DAP dan PAS pada asasnya bersetuju isu liwat itu diselesaikan secara perundangan, "tetapi tidak ada yang dilihat menyatakan secara pasti mereka menerima dakwaan itu sebagai tidak benar".

Ungkapan jahat berunsur fitnah dalam rencana berita itu membayangkan para pemimpin DAP dan PAS tidak menolak kemungkinan Anwar benar-benar terbabit dalam kelakuan jenayah itu.

Malah Utusan Online dengan mudah membuat kesimpulan, "timbul persoalan sejauh mana DAP dan PAS akan setia bersama PKR (KeADILan) dalam Pakatan Rakyat, sekiranya Anwar didapati bersalah mengikut sistem perundangan negara".

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Umno dan BN akan terus mengeksploitasi isu liwat ini bagi menghadapi pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat.

Politik lendir ini dijadikan modal utama BN dan Umno untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu lain yang lebih penting dan mendasar.

Walau apa pun kesudahan episod yang memalukan negara ini, ingatan Presiden PAS kepada media massa aliran Melayu yang sengaja membesar-besarkan isu peribadi melebihi isu rakyat perlu diberi perhatian.

Dunia seluruhnya melihat bagaimana rendahnya tahap politik Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini dan di peringkat global.

Ketika Iran menjadi tumpuan antarabangsa kerana melancarkan ujian peluru berpandu yang menggentarkan Amerika dan Israel, politik Melayu masih terperangkap dalam isu peribadi pemimpin yang sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah.

Media massa Melayu begitu ghairah membicarakan soal liwat dan mubahalah, sedangkan bangsa Melayu majoritinya menghadapi saat-saat sukar dalam menempuh hidup seharian akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian.

Politik lendir ini perlu dihentikan. Dan tiada siapa yang lebih berhak menghentikannya selain rakyat! _


SIAPA YANG MINAT POLITIK LENDIR? PKR ATAU PAS ATAU DAP? BOSANNYA DEN BACA KOMEN HARAKAH YANG BIUL NII...ORANG PAS SERONOKLAH BACA..