Khamis, 10 Julai 2008

Masalah Sabah

Di Sabah dan Sarawak memang ada sekumpulan manusia yang tak mahu lihat mereka berada dalam Malaysia. Mereka mahu menubuhkan sebuah kerajaan bebas merdeka macam Timur Leste.

Hari ini aku dengar ada usaha nak mengambil semula Labuan untuk berada dibawah Sabah.

Ini mungkin juga ada dalam minda politkus dari sana yang hari ini sudah berani bermain api dengan kerajaan persekutuan. Yang sedihnya mereka telah meracun pemikiran rakyat. sehingga ada yang menyatakan kerajaan persekuatuan adalah kolonial kedua selepas British.

Keadaan politik Sabah pulih setelah UMNO memasuki Sabah. Rata-rata ahli UMNO Sabah berbangga menjadi UMNO, setiap tahun mereka ramai-ramai turun ke KL untuk mengikuti persidangan agung UMNO. Mereka melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana menjadi ahli UMNO.

Di Sarawak aku menyanjung tinggi usaha Taib Mahmud (Datok Patinngi)kerana beliau sentiasa berusaha keras untuk mengekalkan hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan. Sejak dahulu sehingga hari ini tidak pernah kita dengar ada usaha untuk keluar dari BN. Aku harap Sabah mencontohi Sarawak dalam segala aspek.