Jumaat, 11 Julai 2008

Pak Lah akan undur 2010

Nampaknya Pak Lah pun sudah menetapkan visi dan misinya dalam karear politik. Baguslah kalau dia nak menyerah jawatan kepad Najib. Seandainya semua pemimpin dan bakal pemimpin parti bersetuju dengan cadangan maka tak ada lah pertandingan merebut dua jawatan tertinggi dalam UMNO kali ini.

Tetapi Ku Li telah pun menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden buat kali kedua dan jawatan nombor 2 nampaknya tak ada yang menawarkan diri lagi. Adakah Mahyudin akan bertanding jawatan nombor 2 dan berganding bahu bersama Ku Li? Kita tengok lah nanti.

Kalau Ku Li pula menang No 1 , dan Najib menang No 2, Bila pulak Ku Li nak serah tugas kepada Najib? Gelap bagi Dato Najib untuk jadi PM 2010. Bolehkah Mahyudin menang kalau bertanding dengan Najib? Kalau Najib kalah tertutup terus pintu Najib untuk jadi PM. indikator pru12 bagi Najib amat membanggakan. Majoriti kemenangan sangat besar menewaskan lawan.

Congak kiri dan congak kanan elok lah tak ada pertandingan. biarlah No 1 dan No 2 tak ada pertandingan. Itu kata aku. bagai mana kata orang lain? mari lah sama-sama kita tunggu.

Teringat zaman Anwar menentang Tun Gafar dulu. dia telah bentuk team wawasan dengan Anwar menjadi leader, dan di ikuti dengan Najib, Mahyudin, Rahim Melaka dan Iron Mike Tyson. Mereka berjaya mengalahkan tokoh veteran termasuklah Pak Lah sendiri. Tetapi cahaya kecemerlangan politik Pak Lah tetap tidak hilang. Beliua naik semula dalam pemilihan berikutnya setelah kawan kita disingkirkan dari UMNO. cerita ini sengaja aku tulis untuk budak-budak baru baca, sebab tak masuk buku sejarah lagi.