Penghijrah masyarakat kampung ke bandar memberi satu senario baru kepada perumahan dalam taman di bandar Taiping.
Malayu , Cina atau India yang tinggal ditaman perumahan membawa bersama adat dan budaya masing-masing ke dalam taman perumahan.
Yang berbeda ialah adat budaya dan keagamaan, yang lain semua sama. Budaya membuang sampah, membuat kebun, membela ayam, membakar sampah diwaktu petang , menambah bangsal, dan berbagai-bagai lagi semua dapat dilihat di taman perumahan.
Melayu suka bercucuk tanam seperti menanam pisang, kelapa, mangga duku, rambutan jika terdapat tanah-tanah lebihan dibahu jalan. dan akan membina bangsal untuk menyimpan barang-barang buruk. dan ada juga membuat reban ayam.
Orang cina pula akan menjadikan kawasan rumah untuk bertanam sayur di dalam kawasan rumah dan juga dibahu jalan, kalau yang berniaga pula rumahnya akan dijadikan stor untuk menyimpan barang-barang jualan dan ada yang menyimpan forklift dan lori di dalam kawasan perumahan mereka, Kandang anjing menjadi satu kemestian di kalangan orang cina dan adakala sehingga berbau seperti dalam zoo, kerana tidak mencuci kandang.
Orang India tak banyak beza dengan malayu dan cina .kadang kala rumah India lebih bersih dari melayu dan cina, cuma bila senja bunyi loceng sembayang mereka dan bau colok sedikit mengganggu ketenteraman,
Walau bagaimana pun ini semua adalah bergantung kepada sikap. kalau kita berada di Taman Sentosa, Taman Lake View,Kpg Tersusun Bukit Jana, Taman Bukit Mas suasana lebih aman dan selesa kerana sikap penduduk yang lebih intelek.
Sebaliknya di kawasan perumahan murah suasana amat berbeza sekali. tak percaya pergilah lihat sendiri...sakit mato den