Sabtu, 7 Mei 2011

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan



ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunakan Local Purchase Order (LPO).

Ia agak berbeza dengan pegawai swasta di mana setiap kali berbelanja tetamu, kawan-kawan atau pelanggan, mereka akan meminta resit untuk membuat tuntutan dari company. Maknanya jika tiada perbelanjaan, tiadalah tuntutan. Namun company juga perlulah tengok Return of Investment (ROI), jika asyik dok belanja saja dan tak buat apa-apa sales, maknanya tak lamalah tu ...

Dari kedua-dua kaedah kemudahan elaun keraian tersebut, nampaknya pegawai kerajaan adalah lebih kedekut untuk berbelanja tetamu ....


Kita turun pula ke sekolah-sekolah. Ambil contoh sebuah sekolah yang mempunyai 100 orang guru.  Boleh dikatakan hampir separuh atau suku daripada guru-guru tersebut adalah bergred 44 dan menerima RM 400 setiap bulan.


Andainya setiap guru menyumbang kan RM 100 untuk tabung kebajikan sekolah, banyak perkara dapat diselesai kan di peringkat dalaman. Seperti perjumpaan ibubapa , mesyuarat agung PIBG, membantu murid miskin dan murid yang ditimpa musibah.

Akan tetapi seperti biasa lah kebanyakan mereka jenis dapat seringgit belanja sepuluh sen sahaja. Senang cerita kedekut pahit. Apa yang mereka tahu ialah nak bergaya dengan beg tangan baru, kereta baru dan telefon baru setiap dua tiga bulan.

Ada juga guru-guru yang selalu memberi alasan enggan membuat kerja-kerja kebajikan dengan alasan mereka mempunyai anak yang nak pergi kelas piano, kelas lukisan, berenang , karate dan sebagainya. Bila minta derma bagi RM 2.00.

Jika buat jamuan usung semua anak beranak dan suami ke majlis. Nak hulur sedikit wang untuk buat program  sorry. Kaki tangan jenis ini nak masuk kategori apa?

Bab mengutuk dan mencerca kerajaan, mereka lah orangnya. Oleh itu hasrat dan niat kerajaan memberikan elaun keraian ini perlu dikaji semula  kerana objektifnya tidak tercapai.

Ini belum masuk bab-bab elaun perumahan, elaun perjalanan dan lain-lain bentuk elaun dan sagu hati yang berlambak-lambak.