Sabtu, 21 Ogos 2010

PENGETUA RASIS: Pn Hjh Siti Inshah Mansor


Tuan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Johor, Pn Hajjah Siti Inshah Mansor DG48  telah dikritik hebat oleh Hindraf, Dap .Pkr dan Pas kerana dianggap seorang pengetua bersikap perkauman dalam satu situasi di sekolahnya.


Muhyiddin was asked to comment on the incident where the principal allegedly told Chinese students they were not needed in the country and could return to China and that the prayer strings Indian students tied around their necks and wrists were similar to dog leashes.

Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untuk menyiasat perkara tersebut, menurut TPM.

Kemungkinan juga sindiran Pengetua tersebut secara menyeluruh, mungkin beliau geram dengan sikap pelajar yang kurang ajar, biadap, tidak berdisplin dan lain-lain kemungkinan yang ada.

Pengetua juga mungkin marah dengan sikap guru-gurunya yang pro pembangkang.Guru Melayu menyokong Pas dan Pkr, Guru Cina menyokong Dap dan Guru India menyokong Hindraf.  Sekolah mungkin dijadikan gelanggang politik oleh setengah guru dan pelajar.

Biasalah, orang perempuan ni bila dia habis dan hilang sabar, perkara-perkara yang pelik dan ganjil akan berlaku.

Dilihat dari segi pengalaman dan usia, Pengetua tersebut cukup cemerlang, sebab itu beliau bergelar Pengetua Kanan. Mungkin juga  faktor usia dan jantina yang mempengaruhi beliau dan hilang sabar lalu melontarkan amarahnya kepada semua warga pendidik dan pelajar di sekolah beliau dipertanggungjawabkan.

Apa pun jika jawatankuasa yang dilantik juga pro pembangkang maka tamatlah riwayat Pengetua Cemerlang tersebut....


Berserahlah kepada Allah....TM menyokong penuh keberanian beliau.




Ahimsa untuk Siti Inshah

Surat cadangan Taklimat Khas Budaya Kaum India sudah selamat dikirim melalui pos kepada Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya pada pagi 18 Ogos 2010. Salinan surat yang sama turut dikirim kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya; manakala salinan kepada Penasihat Agung Kavyan akan diserah terus apabila saya bertemu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada 19 Ogos 2010 untuk perbincangan lanjut berhubung aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan.
.
Saya mendapat tahu mengenai insiden yang berlaku di Kulaijaya, Johor apabila Dhanesh Kumar menandakan (tag) nama saya pada salinan laporan polis di Facebook pada 16 Ogos 2010. Perkara pertama yang saya lakukan adalah menghubungi beliau untuk mengesahkan bahawa laporan polis itu adalah asli dan bukan sekadar mainan.
.
Selepas mendapat pengesahan, maka saya memaparkan salinan laporan polis bertarikh 14 Ogos 2010 itu di laman Facebook saya. Saya turut menandakan rakan-rakan untuk mendapatkan reaksi daripada mereka.
.
Rata-rata, rakan-rakan pelbagai kaum di Facebook terkejut dengan apa yang berlaku. Sukar untuk membayangkan bahawa seorang pengetua boleh bersikap sehina itu; dengan andaian kandungan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kulaijaya pada 14 Ogos 2010 adalah betul dan benar.
.
Saya memang menyampah apabila ada pihak menggunakan istilah “pendatang” dan “bangsa asing” apabila merujuk kepada kaum Cina, kaum India dan mana-mana kaum/etnik “Bukan Melayu” di negara ini. Cerpen “Pulau Pendatang” yang saya siarkan secara bersiri di blog saya mulai 7 Ogos 2010 juga membicarakan isu ini yang berlaku di Pulau Cinta.
.
Pada pagi 17 Ogos 2010, saya terfikir untuk membuat laporan polis terhadap pengetua itu kerana ternyata beliau membawa unsur subversif yang menggugat keamanan negara. Saya dimaklumkan bahawa akhbar Makkal Osai (Tamil) menyiarkan berita mengenai peristiwa itu pada hari yang sama.
.
Ada juga rakan-rakan yang menyifatkan apa yang berlaku di SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya sebagai kes terpencil dan tidak patut diperbesarkan. Pada waktu sama, beberapa rakan mendedahkan bahawa perbuatan seperti itu sebenarnya berlaku di seluruh negara tetapi pelajar/murid serta ibu bapa tidak tampil “bersuara”, apatah lagi membuat laporan polis. Maka, tindakan berani pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putera dilihat sebagai pencetus positif ke arah mendepani masalah yang memang nyata berada di depan mata.
.
Dhanen Mahes mencadangkan: “I think we should give her a hug. Poor thing so full of hatred. Probably didn’t get much hugs as a kid.”
.
Saya tertarik pada cadangan spontan yang dikemukakn Dhanen. Ya! Pasti Mahatma Gandhi dan pengamal ahimsa akan melakukan demikian.
.
Dalam masa beberapa jam, keputusan diambil supaya Kavyan menganjurkan taklimat khas secara percuma untuk Puan Hajah Siti Inshah Mastor yang saya yakin, puasanya pada 12 Ogos 2010 (2 Ramadan 1431) terbatal kerana tidak patuh pada wahyu (firman Allah) dan sunah rasul (perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW) berkaitan hukum berpuasa.
.
Surat mengenai taklimat khas itu siap pada 17 Ogos 2010, dipos pada 18 Ogos 2010 dan kandungannya boleh dibaca DI SINI.
.
Saya percaya bahawa selain daripada Kavyan, ada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat untuk sama-sama “membimbing” mana-mana insan “sesat” yang menggugat keamanan negara.
.
Seperti biasa, saya secara peribadi tidak menaruh harapan pada mana-mana Badut Paul Lathic dan politikus. Sebaliknya, NGO pelbagai kaum/etnik boleh mengadakan taklimat menggunakan Bahasa Malaysia untuk menyedarkan Bangsa Malaysia mengenai budaya pelbagai kaum/etnik di negara ini.
.
Kita boleh mengadakan siri Taklimat Budaya Pelbagai Kaum & Etnik di seluruh negara. Kita perlu mulakan dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya yang berada dalam keadaan kronik serta amat perlu diselamatkan segera sebelum guru, kakitangan dan pelajar pelbagai kaum di sekolah itu menjadi mangsa subversifisme melampau.
.
Apa kata kita sama-sama mengirim lebih banyak surat tawaran untuk mengadakan taklimat secara percuma di sekolah berkenaan? Salin sahaja kandungan surat yang dikirim Kavyan. Jangan lupa mengirim salinan surat kepada pihak-pihak berkenaan. Sekurang-kurangnya pengetua itu akan sedar betapa “pendatang” dan “penumpang” yang begitu dibencinya lebih bersikap “Malaysia” berbanding dirinya.
.
Oh, ya! Kavyan akan menyumbangkan cenderamata berupa buku Kathakali (2009) dan Rudra Avatara (2008) kepada Puan Hajah Siti Inshah Mastor semasa taklimat nanti untuk membantu beliau lebih memahami budaya Bangsa Malaysia melalui pembacaan.
.
Dalam pada itu, saya juga sempat membaca komen beberapa blogger, misalnya Mohamed Nasser Mohamed [DI SINI] dan Poobalan [DI SINI] manakala forum sekumpulan remaja boleh dibaca DI SINI.
.
Laporan akhbar theSun pada 19 Ogos 2010 bertajuk "Principal has apologised" boleh dibaca DI SINI.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx 
dari blog amir hamzah pula seperti berikut

Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar. Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Ketua Wira PERKASA Johor Sdr Azlan b Ahmad yang tinggal di Kulaijaya telah dihubungi untuk mendapat gambaran daripada pihak pengetua yang terbabit.

1. Pengetua menafikan bahawa beliau tidak mengucapkan kata-kata seperti yang dilaporkan oleh pihak media dan beliau mendakwa telah diputar belitkan oleh pelajar India yang membuat laporan polis. Sdr Azlan difahamkan bahawa di belakang pelajar India ini adalah seorang guru India yang memang tidak berpuas hati kepada pengetua berkenaan berikutan permintaannya untuk menubuhkan Persatuan Tamil telah ditolak. Pihak pengetua hanya akan memberi kebenaran kepada guru India tersebut jika guru berkenaan berhasrat mahu menubuhkan Persatuan Bahasa Tamil bukannya Persatuan Tamil.

2. Sdr Azlan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu telah mula melawan guru-guru Melayu dengan mengatakan bahawa ' Guru Besar pun kita lawan apa lagi guru-guru kecil'.

3. Pengetua berkenaan juga telah membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya. Difahamkan juga akibat desakan daripada MCA dan DAP, pengetua itu telah diminta memohon maaf kepada pelajar di dalam perhimpunan.

Betul kata Muhyiddin:

1.Terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku."Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya"

2.Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat isu ini adalah langkah yang tepat.

Kesimpulannya:

1. Seandainya pengetua berkenaan didapati ada menyatakan ayat yang dilaporkan kepada pihak polis maka satu tindakan yang setimpal perlu diambil kerana ianya satu provokasi yang tidak sesuai dilakukan oleh seorang penjawat awam.

2. Jika benar pengetua tersebut telah difitnah dan ucapannya telah diputar belitkan maka pelajar yang berkenaan perlu diambil tindakan.

3. Guru India seperti yang dilaporkan pengetua juga boleh diambil tindakan kerana mengikut perintah am perkara 4 berkaitan Perhubungan Dengan Orang Luar menyebut sebagai (4.6)Guru-guru juga dilarang keras membuat sebarang kenyataan akhbar atau menulis artikel tentang sesuatu isu (kecuali dengan kebenaran pengarah) dan melakukan tindakan yang mencemarkan profesion berkait dengan perhubungan dengan orang luar. Apatah lagi guru ini telah menghasut pelajar ini untuk membuat laporan polis.

4. Dengan laporan polis ini juga telah melibatkan parti-parti politik campur tangan dalam perjalanan hal ehwal sekolah. Apakah motif laporan polis dibuat? Sepatutnya ia boleh dilaporkan kepada PIBG sekolah atau biro aduan PPD Kulai Jaya atau pun Biro Aduan Jabatan Pelajaran Johor untuk siasatan.

5. Jika benar pengetua tidak menuturkan 'ucapan rasis' berkenaan maka guru-guru Melayu daripada Guru-guru penolong kanan hingga guru-guru biasa perlulah membuat laporan polis menyatakan sokongan kepada kenyataan pengetua bahawa beliau telah difitnah dan kenyataannya diputar belitkan. Begitu juga pelajar-pelajar Melayu yang berjumlah lebih kurang 800 orang daripada 1100 orang boleh membuat kenyataan menafikan laporan polis tersebut.

Isu ini telah menjadi isu perkauman maka sebarang tindakan perlulah adil supaya tidak ada mereka yang teraniaya.

Terima kasih PERKASA Kulaijaya!