Sabtu, 21 Ogos 2010

ISU PANAS PAKATAN TIGA SUKU DI PULAU PINANG

YDP MAIPP
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Elias Zakaria dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.

MUFTI P.PINANG
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Hasan Ahmad sedang meneliti dan menyiasat isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada pada doa kedua khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
NAIB PRESIDEN PAS
 “PAS melihat isu ini cuba dipolitikkan bagi menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya orang Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR),” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Mursyidul Am PKR

"Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata." Anwar Ibrahim

Malik Itik
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.

Masjid Padang Menora



TASEK GELUGOR: Ahli kariah Masjid Jamek Padang Menora, di sini, mengakui doa khutbah kedua solat Jumaat di masjid itu pernah menggunakan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bukan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya, Hamir Mahmud, berkata kejadian berlaku pada 25 Jun lalu dan khatib dijemput pihaknya untuk membaca khutbah ialah Zakaria Ahmad yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad.


“Beliau tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa, sebaliknya menggantikannya dengan orang Islam secara keseluruhan, mungkin beliau orang luar Pulau Pinang iaitu dari Perak.


“Selepas itu, beliau menyambung doanya dengan menyebut nama Guan Eng dan doa dibacakannya supaya Ketua Menteri mendapat hidayah untuk menerima Islam,” katanya.


Penjelasan dibuat Hamir itu berbeza dengan kenyataan Guan Eng kelmarin yang dipetik sebagai berkata, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.


Kelmarin, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mendedahkan ada beberapa masjid di negeri ini melakukan perbuatan itu.


Ia dikesan berlaku di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong.


Sepatutnya nama ketua agama Islam sesebuah negeri iaitu Raja dan bagi Pulau Pinang yang tidak mempunyai Raja, ketua agama Islam adalah Yang di-Pertuan Agong dibacakan dalam doa itu.


Seorang jemaah, Moin Ismail, 70, berkata, dia mendengar dengan jelas khatib mendoakan kesejahteraan kepada Ketua Menteri serta rakannya dalam kerajaan negeri.