Selasa, 8 Julai 2008

Siapa Berhak Mengadili Kes Anwar

Brother Anwar sanggup ke Mahkamah Syariah. Sudah bagus. Dia nampak dia boleh lepas dengan mudah oleh Mahkamah Syariah.

Nik Aziz pula menokok, biarlah perundangan mengadili kes dia. Ini bermakna mahkamah sivil. Brother Anwar tak suka ke Mahkamah Sivil bebab dia dah serik kes 10 tahun lalu.

Mufti Perlis minta dia bersumpah dengan Nik Aziz menjadi pengadil. Mufti Perak kata cadangan sumpah tak betul , itu pendapat orang terlebih bijak...berdesing juga agaknya Mufti Perlis.Jakim pula tak setuju sumpah.

Nampaknya orang cerdik pandai memberi pendapat masing-masing yang bercanggah. Mari kita tunggu apa kata pakar undang-undang syariah di universiti-universiti di Malaysia seperti UIAM atau lain-lain lagi.

Untuk membuat pengakuan bersumpah tak perlu dengan Nik Aziz. Tak perlu depan Mufti. cukup dengan pengakuan bersumpah depan hakim mahkamah syariah, jika semua bukti gagal dibawa semasa penghakiman. Hakim tak boleh mendesak kedua-dua kes untuk melakukan sumpah. terpulang kepada pihak anwar dan saiful untuk bersumpah. Andainya Saiful setuju bersumpah maka boleh lah dia bersumpah dan jika anwar enggan bersumpah tidak boleh dikenakan paksaan terhadapnya untuk bersumpah.

Anwar dan Husam Musa suruh cari 4 saksi. nampaknya bukan setakat 4 saksi, mungkin 36 saksi boleh di ketengahkan. sekarang 18 dah disoal siasat.

Anwar nak putar alam dengan suruh cari 4 saksi yang menyaksikan kejadian. nampaknya kena kopak dinding lah dan tanya sama itu dinding bilik condo tersebut.

Husam dan Anwar nak pekena mahkamah dan hukum syariah dalam bab ini. malam ini dia berceramah di Dewan MPT Changkat Jering. Entah apa pula nak dikelentongnya, sama-sama kita tunggu