Sabtu, 12 Julai 2008

Tetuan Kamar Ainiah peguam Anwar (klik)

Bila isu liwat di rujuk kepada JAWI ,maka muncullah sekali lagi nama peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman. Beliau seorang peguam ternama dan manjadi pembentang kertas kerja mengenai undang-undang syariah. Yang peliknya kenapa dia tak dapat membezakan kes liwat Anwar..ramai peguam pempersoalkan tindakan beliau dalam kes Anwar.

Peguam ini adalah pro Anwar kerana pernah menjadi peguam rayuan kes Anwar RAYUAN JENAYAH NO. 05-6-2003 yang lalu. Maka tak hairan dia ingin membela Anwar kali ini. walaupun dakwaannya amat lemah.

Saiful boleh dianggap qazaf sekiranya dia membuat tuduhan kepada Anwar bahawa Anwar telah melakukan homosek dengan seorang lelaki atau zina dengan seseorang, dan Saiful gagal membawa 4 orang saksi. seperti dalam post aku sebelum ini.

Apa yang Saiful lakukan ialah mendakwa dia sendiri diliwat oleh Anwar. Liwat ini sama seperti rogol kerana perbuatan tanpa izin. zina pula ialah perlakuan dua individu yang telah menajadi buah mulut orang dan khalayak berjaya mengintip dan melihat perlakuan zina secara betul dan tepat sekurang-kurangnya 4 saksi bukan fasik.

Contoh lain, Apabila satu mangsa di rogol atau diliwat maka sudah tentu tidak ada saksi, pernah juga aku baca mangsa dirogol di depan ahli keluarga sewaktu rumah dirompak (itu baru ada saksi) lain lah di setengah negara barat, rogol berlaku di khalayak ramai seperti yang pernah di dedahkan oleh akhbar.itu baru ada saksi tu pun kalau saksi berani menjadi saksi dimahkamah.

Dalam kes Saiful lawan Anwar , kita tunggu lah siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Kalau Anwar kalah pula janganlah salahkan kerajaan. kononnya ini adalah konspirasi nak membunuh karier politik beliau.

Semalam aku baca satu blog menceritakan kehidupan mewah Saiful, hidup dalam kondo mahal, dibawa terbang ke sana ke mari dan juga kisah hidupnya yang gemar glamour semasa di Uniten dahulu. Suka bergambar dan minat bidang fotografi

dan juga kisah rumah baru Anwar Ibrahim yang harganya sangat mahal. Hairan mana datang wang..berjuta-juta ringgit untuk rumah-rumah mewahnya. dan berapa pula bayaran yang diterima oleh Kamar Ainiah bila mengambil kes ini. bolehlah buat banglow baru...Sekarang ni dunia guaman pun mengalami pasaran yang menurun. kalau dapat kes besar macam ini bertuahlah.. Baru baru ini juga aku terbaca dalam satu majalah seorang wanita memiliki Sarjana dalam Undang-undang tetapi menjadi seorang guru bahasa inggeris disebuah sekolah rendah..Kenapa jadi begini. Belajar di Universiti bidang lain kerja bidang lain. Adakah mereka ingin makan gaji sebab lebih selamat dari segi kewangan dan masa depan.

Kalau begitu sekali lagi tahniah kepada kerajaan BN. tetapi sedih ramai kakitangan kerajaan yang menikmati kehidupan selesa hasil usaha kerajaan , hari ini menentang pula kerajaan. Tiap-tiap bulan tekan ATM dapat duit beribu, beli kereta, beli rumah 3 ratus ribu ringgit dan gantung bendera keadilan dan pas. betul ke macam tu.
======================================================================================

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis mendakwa bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya kini menghadapi tuduhan qazaf yang membolehkannya didenda tiga tahun penjara atau denda RM5,000.
Ini berikutan tindakan Anwar membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan mendakwa Saiful telah membuat fitnah terhadapnya dengan menggunakan Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Laporan itu dibuat Anwar di Pejabat JAWI dekat sini Rabu, 9 Julai lepas. Turut serta bersama Anwar adalah isterinya yang juga Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail di samping dua peguamnya iaitu Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, untuk membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini," katanya kepada pemberita.

Sementara itu Kamar Ainiah (gambar) menjelaskan kepada pihak media, hukuman dan makna 'qazaf' yang termaktub dalam undang-undang syariah di negara ini.
Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan," kata Kamal Ainiah.

Qazaf katanya ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.
Posted by Siasah at 6:31 AM

Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi
E3A-3A 2, Jalan Selaman 1/2,
Dataran Palma, Off Jalan Ampang
68000 Selangor.
Tel: 03 4270 2055
Fax: 03 4270 2077