Negara dikejutkan sekali lagi skandal rasuah Ketua Pengarah Imigresen. Sayang pada usia 55 tahun dia ditangkap. Kita tak tahu sejak bila dia mengamalkan rasuah. Macam kes pencuri ayam lah.(cerita zaman dulu, sekarang tak ada lagi pencuri ayam , pencuri ATM pulak)Setelah menjadi pencuri ayam profesional akhirnya di tangkap dengan hanya 2ekor ayam. maka kes di bawa ke mahlamah atas tuduhan mencuri 2 ekor saja, tetapi sejarah dia telah mencuri lebih 2 ribu ekor ayam.
Berbalik kes rasuah. Saya tahu ramai tauke-tauke besar dan kecil suka memberi rasuah. kalau hari perayaan maka supermaket laris dengan penjualan hamper, semua kontraktor berebut-rebut membeli dan menghantar ke rumah pegawai kerajaan. Kalau musim durian pula penuh kereta dengan buahan di hantar ke rumah atau pejabat, kalau ke pejabat semua akan dapat sebab niat sedekah untuk dibuat kenduri.(sedekah kalau kontraktor Islam) tapi rasa pahala kureng lah. kalau durian dihantar kerumah kebajikan atau anak-anak yatim lagi besar ganjarannya.
Ramai juga kakitangan kerajaan akhirnya meletakkan jawatan kerana tak sanggup didesak dengan rasuah. Kalau mereka tak mahu terima maka rasuah kepada keluraga isteri dan anak. pelbagai cara dijalankan pemberian percutian, barangan, pembayaran bill utiliti dan sebagaianya.
Teringat satu kes di Perak melibatkan seorang ahli perniagaan yang dahagakan darjah kebesaran untuk bergelar Datuk, dan memberi habuan wang ringgit kepada keluarga diraja untuk mencapai tujuannya. tetapi apabila dia gagal mendapat gelaran dia membuat laporan polis dan kes masuk mahkamah. Sungguh tak malu dia, yang kesian anak raja itu di dapati bersalah kalau tak silap dan peniaga tusamada didakwa atau tidak , kurang pasti.
Kaki tangan kerajaan hendaklah berani melaporkan kepada BPR seandainya ada yang cuba merasuah. Jangan takut untuk bertindak. Tahun lalu ada satu kes hakim mahkamah syariah di Perak di dakwa atas kes rasuah kerana meminta suapan RM3500 kalau tak silap. Aku dapat tahun dia di tawarkan nilai yang rendah. tetapi hakim tu demand tinggi sikit, dan akhirnya pemberi rasuah melaporkan kepada BPR. maka kena getah lah hakim tersebut.
Sama-sama lah kita menentang rasuah, kepada BPR hendaklah jangan tangkap Kaki tangan kerajaan sahaja. tetapi pemberi rasuah juga mesti ditangkap. mereka yang memulakan dahulu,,,,hari ini pemberi rasuah berada ditempat lebih selamat, kalau ada kakitangan yang minta lebih-lebih dan tak mahu dengan tawaran mereka maka mereka laporkan kes kepada BPR. bila pegawai tertangkap mereka senyum macam JR dan cerita Dallas. maknanya apa saja tawaran mereka kakitangan kerjaan kena setuju,..
Anti rasuah, tahniah kepada Pak Lah dan BPR sentiasa memerangi gejala rasuah.
------------------------------------------------------------------------------
BPR tahan ahli perniagaan cuba rasuah pegawai
ALOR STAR: Gara-gara beranggapan mudah untuk merasuah, seorang ahli perniagaan di sini terperangkap apabila memberi rasuah kepada seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun di Lebuhraya Utara Selatan di sini semalam.
Pengarah BPR Kedah, Idrus Jaafar, berkata ahli perniagaan terbabit pada mulanya ditahan di R&R Gurun Selatan pada jam 6.45 petang untuk membantu siasatan mengenai kes rasuah terhadap pihak tertentu dalam sebuah jabatan kerajaaan di sini.
Katanya, ahli perniagaan berusia 31 tahun itu menjalankan perniagaan import-eksport kenderaan berat dan BPR menerima maklumat mengenai kegiatan beliau memalsukan nombor chasis jentera berat untuk tujuan eksport.
------------------------------------------------------------------------------------
Bukit Aman siasat dakwaan 2 anggota IPD dapat habuan
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Jaafar Mulup
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menjalankan siasatan rapi terhadap laporan polis dibuat dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gemas, yang mendakwa menerima habuan dan pulangan dengan melindungi aktiviti haram.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga diminta membantu siasatan kedua-dua laporan itu kerana ia turut membabitkan rasuah.
“Perkara ini serius dan kita akan siasat kedua-dua laporan itu. Kita juga minta BPR menjalankan siasatan (berdasarkan bidang kuasa agensi itu),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam mengenai tindakan dua anggota IPD itu yang membuat laporan polis terhadap satu sama lain, Selasa lalu, mendakwa masing-masing menerima habuan mewah dengan melindungi aktiviti haram.
Laporan pertama dibuat anggota polis berpangkat lans koperal yang mendakwa dua rakan setugas berpangkat lebih tinggi menerima bayaran bulanan dan mengambil sebahagian besar daripada habuan itu, manakala bakinya diagihkan kepada rakan lain.
Bagaimanapun, seorang daripada anggota polis yang dituduh itu membuat laporan balas terhadap lans koperal berkenaan mendakwa dia juga terbabit dalam beberapa aktiviti haram.
Sementara itu, difahamkan ketiga-tiga anggota polis yang dinamakan dalam laporan berkenaan sudah ditukarkan bertugas di tiga balai polis berasingan.
Difahamkan, mereka masing-masing ditukarkan ke Port Dickson, Jelebu dan Jempol berkuat kuasa 1 Julai lalu bagi memudahkan siasatan sebelum tindakan selanjutnya diambil.