Jumaat, 11 Julai 2008

Tidak adil menilai berdasarkan 100 hari pemerintahan

Tue | Jul 08, 08 | 12:53:01 pm MYT

BAGAN SERAI, 8 Julai (Hrkh) - Masyarakat mahupun rakyat negeri ini tidak wajar menilai gagal atau berjayanya Kerajaan Pakatan Negeri Perak dengan hanya berdasarkan 100 hari pemerintahan.

Ini kerana 100 hari pemeintahan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini masih belum laagi mencerminkan kejayaan yang sebenarnya kerana BN sendiri telah memerintah negeri ini selama 50 tahun.

"Adalah tidak adil kita membuat ukuran terhadap kemampuan atau kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak, sedangkan Perak telah ditadbir oleh BN sejak 50 tahun yang lepas," kata Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan kepada Rakyat Miskin Tegar Daerah Kerian di sini 4 Julai lalu.

Hadir sama dalam majils itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf, Ahli Parlimen Bagan Serai, Haji Mohsin Fadli, Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin, Adun Selingsing, Husin Din dan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhar.

Turut hadir Orang Besar Jajahan Kerian, Dato' Seri Zulkifli Khusairi, dan Pegawai Daerah Kerian, Ismail Hassan.

Selain itu semua Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang baru terpilih hadir sama dalam program tersebut.

Jumlah penerima bantuan ialah seramai 211 orang di mana setiap seorang telah diberikan wang tunai RM100, 30 kilo beras, 5 kilo gula dan 2 kilo minyak masak.

Beliau mengucapkan tahniah kerana ada segelintir yang berada dalam golongan miskin tegar telah berusaha keluar dari kelompok itu.

Beliau turut bersimpati dengan apa yang dialami oleh pesawah padi di daerah itu yang terpaksa menerima harga padi yang rendah berbanding harga padi di Selangor.

Sikap pengilang yang tidak hadir dalam dailog dengan rakyat amatlah dikesal, sepatutnya pengusaha kilang hadir bagi membincangkan harga padi di kawasan itu, katanya. - mns _

KOMEN; PAS MEMERINTAH TAK BOLEH NILAI DAN JANGAN KOMEN APA PUN. BIAK PI KAT DIA NAK BELA APA PUN NAK TANAM APA PUN , RAKYAT KENA DUDUK DIAM. WAKIL RAKYAT BARU NAK BINA BANGGALOW BARU. 300 RIBU RINGGIT YANG BARU,. BUKAN APA SEBAB BILA JADI WAKIL RAKYAT BOLEH BUAT LOAN .NANTI BILA TAK JADI WAKIL LAGI RUMAH BARU DAH ADA. RAKYAT GADUH APA BAGI BERAS SEKAMPIT. GULA SEKILO DIAM LAH DEPA.