Perjanjian Pangkor 11: Kenyataan berunsur fitnah
Johari Jaafar
Fri | Jul 11, 08 | 11:11:45 am MYT
IPOH, 11 Julai (Hrkh) - Kenyataan dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu mengenai wujudnya perjanjian antara Dato' Seri Mohmammad Nizar dengan DAP Perak yang dikenali sebagai Perjamnjian Pongkor 11 meerupakan satu fitnah yang dirancang oleh pihak tertentu untuk memburuk burukan Menteri Besar Perak.
Kenyataan tersebut jelas tidak benar dan bohong semata-mata. PAS mahupun Dato' Seri Menteri Besar Perak tidak pernah ada perjanjian mahupun persefahaman dengan DAP berhubung kononnya Menteri Besar Perak tidak boleh bercakap mengenai Islam.
Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki dalam satu kenyataan akhbarnya yang mengulas tindak tanduk pihak tertentu yang cuba memecah belahkan Pakatan Rakyat dan juga ahli ahli PAS di negeri ini.
"Malahan Dato' Seri Menteri Besar Perak setiap kali memberi ucapan di khalayak ramai sama ada program formal ataupun tidak sering memulakan ucapan dengan ayat al-Quran, mengkaitkan segala urusan kerja dengan menghayati budaya kerja yang dianjurkan oleh Islam," katanya.
Merujuk kepada kenyataan abang Mohammad Nizar, sebagai seorang abang, sepatutnya beliau bertanya terlebih dahulu kebenaran sumber yang diperolehinya daripada adiknya sendiri, bukan terus membuat kenyataan melulu dengan melemparkan berbagai tuduhan dan fitnah, katanya.
Sementara itu pemerhati politik di negeri ini menyifatkan Utusan Malaysia dan abang Menteri Besar telah diperalatkan oleh pihak tertentu yang `menyerang' Menteri Besar Perak, dalam masa yang sama mereka mempunyai agenda tersembunyi .
Menurut pemerhati politik, dengan memperalatkan abang Menteri Besar, mereka berharap ahli PAS di negeri ini akan cepat 'melatah' dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat boleh lumpuhkan. - mns_
KOMEN: lihat lah kalau kena batang hidung sendiri , depa kata fitnah...maknanya Pas menolak mentah-mentah dakwaan Abang Nizar. Sebaiknya Pas kena tubuh Suruhanjaya dan dipengerusi oleh Nik Aziz untuk menyisat perkara ini,,.baru lah buat ulasan. jangan lah tolah dakwaan dan kata itu fitnah.