Ahad, 10 Ogos 2008

Anwar meniru cakap DAP sebelum PRU12

Anwar akui hadapi laluan sukar di Permatang Pauh
10/08/2008 2:26pm
BUKIT MERTAJAM 10 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui menghadapi laluan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini ekoran pelbagai fitnah yang timbul mengenai dirinya.
Beliau berkata pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu disebarkan pihak tertentu bagi menggagalkan usahanya memenangi kerusi berkenaan.
“Saya tak jangka ia mudah kerana banyak halangan daripada orang yang menentang kita. Saya berasa sedikit sukar kerana fitnah akan bertambah dan rasuah juga akan bertambah.
“Tapi saya yakin kerana nampak sokongan rakyat bertambah baik dan mudah-mudahan kita akan menang,” katanya dalam ucapan ringkas kepada kira-kira 200 penyokongnya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Nadhoh, di sini hari ini.
Solat hajat itu, yang turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, diadakan pada pukul 9 pagi ini bagi mendoakan kemenangan beliau pada pilihan raya kecil itu kelak.
— Bernama

Ulasan: Ini adalah cara baru Anwar meraih simpati pengundi. Dia menuduh pelbagai fitnah yang timbul mengenai dirinya. Sebelum ini DAP juga bersikap merendah diri dengan mencanangkan mereka sukar untuk memenangi banyak kerusi kerana kekuatan BN yang begitu hebat. Tetapi melalui gerakan bawah tanah Dap telah bersiap lebih setahun dengan memberi kempen-kempen kepada masyarakat cina khususnya supaya membenci kerajaan BN.
Aku ada bukti melalui perbualan rakan-rakan yang mempersoalkan pelbagai isu yang pelik-pelik setahun sebelum PRU12.

Anwar tahu, Permatang Pauh adalah kubu kuatnya. tetapi kalau dia bercakap dia yakin akan menang mudah ,dia takut pengundi setia PKR yang lalu beralih angin dengan mengundi calon prokerajaan. Sebab PRU12 pun kerusi itu hampir-hampir kalah. tetapi bila lewat ptg baru menunjukkan peningkatan hebat dan akhirnya menyebelahi PKR.