Sabtu, 16 Ogos 2008

Anwar pertahan kuota 10 peratus

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian parti itu supaya 10 peratus daripada jumlah kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.
Sambil menyifatkan angka itu kecil sahaja, beliau berkata, syor yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai tepat dan kena pada masanya.
''Kita sudah nyatakan bahawa hanya 10 peratus sahaja (kuota) untuk pelajar bukan bumiputera bersama pelajar asing untuk belajar di situ (UiTM).
''Apabila berjaya menamatkan pengajian, mereka boleh menyambung pengajian di luar negara seperti Shanghai (China), Dubai (Emiriyah Arab Bersatu) malah di Eropah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.
Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor sebelum ini mengemukakan cadangan kuota 10 peratus tersebut dengan alasan ia membolehkan universiti itu bersaing dalam era globalisasi.

=================================================================
Anwar macam dulu juga. Dulu masa dalam Umno dia suruh orang lain bercakap soal kroni, nepo dan korupsi. Hari ini dia suruh Mr Flinstone cakap dulu. Rupa-rupanya semua datang dari dia. Salah keroplah pelajar Uitm serah memorandum. Tak apa, lepas ni pakat ramai-ramai serah bantahan di Permatang Pauh. Serah terus kepada tuan punya 'kepala bapak' instead of bapak kepala.