Sabtu, 16 Ogos 2008

Anwar keras hati


Sumpah 50 kali pun saya tidak peduli - Anwar
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu menyahut cabaran Mohd. Saiful Bukhari Azlan untuk turut sama bersumpah mengikut syariat Islam dengan menafikan dakwaan beliau meliwat bekas pembantunya itu.
"Sumpah 50 kali pun saya tidak peduli," kata Anwar ketika berceramah di pekarangan Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Kubang Semang dekat sini malam ini.
Petang ini, Mohd. Saiful yang melakukan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi membuktikan kebenaran dia diliwat oleh Anwar mencabar Penasihat PKR itu supaya turut bersumpah mengikut cara Islam.
Sebelum itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mengadakan sesi bertemu orang ramai di Pasar Malam Ampang Jajar dekat sini, Anwar menyifatkan upacara bersumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful, 23, sebagai gimik politik kotor untuk menjatuhkannya.
DakwaanBeliau turut menyalahkan pihak polis yang didakwanya mendalangi dakwaan kes liwat ke atasnya.
''Saya sudah merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah sebulan lalu dan Mahkamah Syariah mahu jumpa dengan (Mohd.) Saiful tetapi polis tidak benarkan pegawai mahkamah menemuinya.
''Ini permainan apa? Apa polis punya permainan ni. Mereka (polis) kawal dia (Mohd. Saiful) dan buat keputusan untuknya.
''Kalau kamu nak ikut prosedur Islam, pergilah ke Mahkamah Syariah. Ini terang-terang satu gimik politik. Pada malam sebelum SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) umum tarikh pilihan raya Parlimen Permatang Pauh, saya didakwa dan sebelum hari penamaan calon esok, ada upacara angkat sumpah (oleh Mohd. Saiful)... apa ni, ini politik kotor UMNO," katanya.
Pada pukul 6.25 petang ini, Mohd. Saiful mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
===================================================================
Anwar boleh kutuk lah Saiful dan Anwar tak akan lakukan sumpah walaupun diletakkan pedang dilehernya.
Prosedur sumpah Saiful semalam tidak ada bezanya sumpah yang dilakukan dimahkamah syariah. Yang bezanya ialah dalam masjid tu Saiful dan yang lain bersila, sedangkan dalam mahkamah ikut cara mahkamah.
OK, Anwar ! kalau takut buat di dalam masjid , takpa, tunggu lah bila JAWI dakwa kamu di mahkamah syariah nanti. kamu bersumpahlah mengikut cara dan prosedur mahkamah syariah di depan hakim.