Azmin Ali adalah jutawan muda yang di bentuk oleh Anwar Ibrahim, Isteri Azmin juga pernah mandapat jawatan tinggi dengan gaji besar tetapi tak perlu cop atau punch card setiap hari. Duduk di rumah sahaja dan cukup bulan ambil duit gaji, hebatnya Azmin dan isteri, tu belum kira atau tengok akaun anak-anak dia lagi. Setiap kali menyambut hari raya aidil fitri dan CNY. duit angpau boleh beli mercedes baru. Sekarang dia adalah orang paling lantang dan keras suaranya dalam Pkr.
Individu ke dua dalam Pkr ialah Sarifuddin Nasation, yang aku tak tahu banyak tentang dia sebab dia duduk di Kedah. tapi seperti juga Azmin adalah pengikut setia Anwar . Yang lain semua sudah lari meninggalkan Anwar. Entahlah sampai bila harus Sarifudin berada di bawah ketiak Anwar, sukar diramalkan.
Berbalik kepada desakan Azmin dan supaya pengundi pos di hapuskan, itu adalah usul orang yang kecewa, resah dan kurang yakin dengan sistem yang ada.
Undi pos ini penting kerana setiap individu atau pengundi perlu mendapat hak mereka untuk dalam pungutann suara untuk memilih kerajaan yang mereka suka.
Setiap kali pilihan raya diadakan, SPR memerlukan tenaga kerja yang bukan sedikit dan mereka ini akan bekerja dengan SPR bermula seawal pagi hingga lewat malam dan mereka di korantin di pusat-pusat undi. Untuk tidak menafikan hak mereka sebagai pengundi maka wujudlah isitilah 'pengundi pos'
Begitu juga tentera dan polis, mereka menjaga keamanan negara setiap masa dan setiap ketiga. Hari mengundi adalah satu masa dan ketika yang sangat tegang. Tentera dan polis pada waktu itu akan dibekukan cuti mereka. Polis dan tentera juga akan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi dalam tempoh pilihanraya berjalan dari hari penamaan calon sehinggalh selesai pembentukkan kerajaan.
Oleh itu dalam tentera hak mereka sebagai pengundi tidak boleh di ketepikan. dan sistem undi pos adalah yang terbaik untuk mereka. Proses pengundian juga telus. Mungkin Azmin Ali tidak pernah menjadi pengundi pos sebab itu dia menentang proses tersebut.