Mohd Zamirul Mohd Dzaki Mon | Aug 11, 08 | 12:53:58 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mahukan isu liwat yang dikait dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah syariah dan bukannya dibicarakan di mahkamah sivil. Ulasan: Tunggulah apa kata JAWI, sebab kes ini pun Anwar dah lapor kepada mereka, kena tunggulah apa tindakan JAWI. Beliau berkata, kes liwat yang membabitkan orang Islam adalah perkara jenayah di dalam perundangan Islam sama seperti kes zina dan lain-lain maka ianya perlu dibawa ke mahkamah syariah. Ulasan: Kelantan kena tunjuk contoh dulu, Banyak sudah kes rogol dan zina di Kelantan masuk Mahkamah sivil juga. Sekarang kita tunggu kes-kes di Kedah pula, ke mana nak dirujuk. "Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor perlu menggubal perundangan tersebut kerana melalui mahkamah syariah sahaja keadilan dapat diperolehi," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan SEAMO, RECSAM semalam. Ulasan: Setujukah DAP dan PKR? PAS juga, tambah Dato' Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk campur tangan kuasa luar dalam penyelesiaan pertuduhan kes liwat terhadap Anwar."Kalau Amerika nak campur tangan, biar mereka selesaikan di Gautonama dulu" katanya. Ulasan:Marah nanti DSAI, sebab dia memang mahu amerika campur tangan, kalau boleh dsai mahu kan Rambo Usa datang dan selamatkan dia sekarang Menurutnya lagi, pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Dato' Seri Anwar adalah satu kezaliman. Ulasan: Zalimkah Si Saiful bila dimelaporkan yang dia diliwat oleh bos dia? Ini kerana, ianya dilihat sebagai taktik Umno untuk memusnahkan masa depan politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Ulasan: Kenapa sebut taktik Umno saja. taktik Pas lagi kotor dan hina untuk memusnahkan pemimpin Umno dan juga Anwar semasa dia dalam BN dulu. "Kita perlu bersimpati kepada mereka yang dizalimi walaupun kepada mereka bukan dari ahli parti kita," katanya. Ulasan: Ya , bagus bersimpatilah kepada Dap juga sebab tanpa mereka entah ke mana Pas nak sorok muka. Tambahnya lagi, menurut Islam seseorang itu tidak bersalah selagi dia belum didapati atau berjaya dibuktikan bersalah. Ulasan: Laaa ish,,,,sebab tu lah kes ini masuk mahkamah. supaya diadili oleh hakim. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa; Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man; Penyelaras Pilihan raya PAS Pusat di Permatang Pauh, Wan Rahim Wan Abdullah dan beberapa pemimpin PAS lain. - mks. _ Ulasan: Buatlah berapa banyak simposium pun, tak akan apa. |