Selasa, 12 Ogos 2008

Permatang Pauh adalah Gelanggang Debat yang Betul


Sabtu ini 16 Ogos 08 adalah hari penamaan calon, dan 26 Ogos 08 hari membuang undi. 9 hari sahaja masa untuk berkempen. Peluang keemasan ini tidak harus di pandang mudah oleh BN dan juga lawannya. Bagi BN ini lah ruang untuk membelasah Anwar secukup-cukupnya.

Semasa debat antara Anwar dengan Shabery Chek dulu hanya sejam dan masa sangat terhad. Itu pun sempat juga Menteri Penerangan membelasah Anwar sampai tepuk dahi Dajjal tu.

9 hari ini kalau setiap kampung dan daerah diredah oleh semua orang BN maka lingkuplah berkuburlah Pkr kali ini. Tersungkur menyembah bumi seperti Mike Tyson membelasah lawan dengan pukulan KO.

Kepada Pemuda Umno dan Putera Umno yang akan datang dari seluruh pelusok bahagian Umno kalau setakat nak tunjuk muka saja lebih baik balik lah, setakat berdiri dengar ceramah dan tangan cekap pinggang macam tangkai cawan elok lah balik. Kalau setakat sibuk menjawab telefon urusan busines elok baliklah. Pemuda adalah harapan bangsa dan harus bermandi peluh untuk menawan kembali kerusi tersebut.

Wanita dan Puteri Umno juga mesti yakin mereka akan berjaya dalam misi mereka kerana sudah mengisytiharkan perang jihad ke atas Anwar. Sudah tentu mereka akan berusaha bersungguh-sungguh.

Yakinlah Anwar sudah lemah dan nazak . Dia hanya gagah seperti kata Sheila Majid 'bertongkat paruh' sahaja. Kalau dihentam separuh nyawa lagi akan tersungkur dan terkubur terus di situ juga. Tak perlu bawa balik mayat dia untuk dikuburkan di Bukit Segambut. Bagus lagi campakkan saja ke kuala Sungai Muda untuk dilapah dan dikoyak-koyak oleh sang bedal atau biawak-biawak air.