Selasa, 23 September 2008

Abang Sulong Anwar Ibrahim buat Hal di USA

Dr M bidas Amerika selamat firma bermasalah


AIR HITAM: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang campur tangan dalam krisis kewangan negara itu, sesuatu yang ditentang negara itu ketika Malaysia berhadapan krisis ekonomi 10 tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini, AS menghentam tindakan Malaysia menyelamatkan syarikat yang bermasalah kerana masalah ekonomi tetapi negara berkenaan kini melakukan perkara sama.

"Dulu dia kata tidak boleh menyelamatkan (syarikat bermasalah), kita perlu biar syarikat itu bankrap kerana tindakan itu (menyelamat) tidak cekap katanya.


"Sekarang dia (selamatkan) satu bank yang rugi 40 hingga 50 bilion dolar AS... kita buat salah, dia buat tidak salah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Nurul Ihsan, Pida 7, di sini, semalam.

Dr Mahathir ditanya sikap AS yang sebelum ini menentang usaha menyelamatkan syarikat yang menghadapi masalah ekonomi tetapi negara itu melakukannya berikutan krisis ekonominya sekarang.