Bulan puasa ni merupakan bulan yang bermakna buat Kok. Apa tidaknya kerana dia telah mengalami kesusahan hidup seperti seorang yang miskin dan daif. Apa yang dialami oleh Kok sangatlah mahal. Tidak semua wakil rakyat dapat merasainya.
Tempat tidur tak selesa, makanan tak sedap. ruang yang sempit tak semewah seperti di rumahnya. Kok berkata dia seorang Kristian , tetapi kenapa menyambut perta kuah bulan. Macam tu lah kehidupan orang miskin.
Kok dapat juga makan telur. orang miskin tak dapat makan telur sebab telur perlu dijual untuk beli beras..Orang miskin tidur pun dalam kesejukan bila hujan, atap bocor tunggu Kok datang untuk beri bantuan.
Berapa ramai orang miskin yang telah mendapat bantuan dari Kok? Mana pernah dia bantu sebab dia hanya jaga orang kaya di Taman Seputeh sahaja,
Kok berkata lagi, selama seminggu dia dalam kesusahan dan diberi makanan anjing. Kira bangus lah tu, sebab makanan anjing sangat mahal. tak percaya pergi supermarket. lihat senarai harga makanan anjing, tak ada yang murah. Nasib baik Kok tak diberi makanan babi.