Isnin, 22 September 2008

Keluhan seorang blogger

Ahmad Albab said,

16 September, 2008 at 1:32 pm

Saya sangat berharap apa yang saya kongsikan ini akan dapat diterima baik semua pihak.

Dalam ketidaktentuan politik di negara kita pada masa ini, kaum melayu seharusnya bersatu untuk menangani masalah yang melanda tanahair tercinta ini.

Dewasa ini, kita sering mendengar atau membaca artikel atau blog yang mengkritik kepimpinan negara ini. Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh kepimpinan negara pada masa ini adalah untuk mengubah sistem pentadbiran yang kucar kacir setelah ditinggalkan oleh pemimpin sebelum ini.

Seraya itu, banyak pihak mengambil kesempatan ini untuk mengkritik dengan niat untuk melemahkan pentadbiran negara ini yang seterusnya akan melemahkan ekonomi negara dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada individu.

Tidakkah pembaca semua sedar bahawa ramai yang bersikap negatif terhadap perubahan ini? dengan mengambil kesempatan keatas situasi ini.

Adalah wajar jika saya menyeru semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan mengambil kesempatan ini untuk memberikankan kritikan yang lebih positif atau membina.

Sebagai orang melayu, kita sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk berjuang demi bangsa dan menolong orang melayu lain yang lemah, bukannya mengutuk antara satu sama lain dan menyebarkan fitnah yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Saya pasti ramai pembaca akan bersetuju bahawa kebelakangan ini artikel atau blog banyak mendedahkan cerita yang cuma berasaskan andaian atau spekulasi yang akan mengeruhkan lagi keadaan dan membawa kepada perpecahan kaum melayu sendiri.

Tidak salah jika kita lebih bertanggungjawab dan berkongsi pengatahuan kita berasaskan fakta dan cerita yang sedap didengari.

Secara peribadi, sayu yang dulu merupakan seorang blogger anti kerajaan telah sedar dan mengambil iktibar bahawa penyebaran fitnah dan mengaibkan orang langsung tidak membawa kepada kebaikan malah menyebabkan kecelaruan di kalangan kaum melayu secara amnya.

Saya amat berharap, pembaca dan pengendali blog akan sedar dan lebih bertanggungjawab dalam pengendalian blog masing² dalam masa akan datang.

Janganlah kita leka mengaibkan orang dengan cerita yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya yang seterusnya akan menyebabkan permusuhan dikalangan bangsa kita dan orang² Islam di negara ini.