Pas masih keliru kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama Harakah ternanti-nanti saat Anwar mengambil alih kerajaan 916. Sedangkan Nik Aziz dan beberpa pemimpin kanan sudah merasa bosan dengan Anwar.
Ia di ibaratkan kisah seorang Sami Buddha yang teringin nak makan ketam. Sami tidak boleh membunuh binatang, tapi makan boleh..
Satu hari seorang kanak-kanak datang dan membawa beberapa ekor ketam kelapa. Meleleh air liur sami tu. Nak di tetuk tak boleh, nak buat macam mana ? lalu terlintas ilham yang lawak. Sami mencari sekeping zing bumbung.
Selepas air panas yang di masah untuk merebus ketam dah mendidih, maka sami ni pun meletakkan zink atas periuk dan diletakkan ketam-ketam tadi atas zink. Oleh kerana zink di curamkan ke arah mulut periuk maka bergelungsurlah ketam ke arah periuk. Sami tu berkata. " oiii ketamm,,,hang jangan pi sana,,,,hang naik ke atas ni,,,nanti hang jatuh matiiiii......"
macam mana ketam nak menyelamatkan diri sebab sami mencuramkan zink ke arah periuk...