Sabtu, 6 September 2008
Menanti saat kehancuran
Gerakan dan MCA sudah membayangkan untuk keluar dari BN. Apa sudah jadi. Tidak hairanlah banyak kerusi kedua-dua komponen parti tersebut kalah teruk dalam PRU12.
Ia seolah-olah kedua-dua komponen parti itu tidak berminat dalam PRU12. Ibarat 2 orang pemain utama pasukan bolasepak turun padang hanya untuk mencukupkan 11 pemain sahaja. Tak ada semangat juang dalam 90 permainan.
Di Perak kerusi Mca dan Gerakan yang menang adalah kerana atas semangat setiakawan yang tinggi dalam BN. Orang melayu yang memenangkan calon kedua-dua parti itu.
Krisis untuk menjahanamkan Umno dan Perikatan (BN ) bukan perkara baru dalam sejarah 62 tahun Umno. Dato Onn Jaafar, Ahmad Boestaman, Ku Li dan ramai lagi pernah mencuba untuk menghancurkan Umno dan sehingga ada yang mengisytiharkan sudah membakar jambatan. Namum UMNO dan Bn terus kekal hingga kini. walaupun saat-saat kematian BN dan Umno sudah hampir ke saat nazak. Syukur kepada Allah, dengan kuasanya Bn dan Umno masih memerintah.
Orang melayu juga tidak berhak lagi bercakap soal ketuanan melayu, tak berhak bercakap soal sejarah melayu , soal pendatang haram. pendatang tanpa izin, soal jus soli dan berbagai lagi.
Saat 916 sudah hampir tiba. Ramai rakyat Malaysia sudah menantikan saat-saat kegembiraan ini untuk menyambut PM atau Presiden baru. Ingatlah Malayu akan hancur jika 916 menjadi kenyataan. Menang sorak kampung dan agama terbuang, bukan lagi tergadai. Penulis tidak sanggup melihat bumi ini di perintah oleh setan mata satu.