Isnin, 8 September 2008

Pakatan Rakyat Tolak Politik Perkauman


Isnin, 8 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini.

Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato’ Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin Umno Pulau Pinang.

Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman Umno yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan.

YB Dato’ Husam Musa
Naib Presiden PAS.

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

====================================================================

Semasa dia dalam Umno dia kata DAP perkauman kerana dimonopoli oleh orang Cina sahaja. Sekarang Pakatan Rakyat boleh berbincang lagi dengan 3 komponan (DAP,PAS ,PKR) supaya memansuhkan ketiga-tiga parti itu dan menubuhkan satu parti sahaja. Apa macam setujukah?

Tak perlu ada PAS, tak perlu Pkr dan tak perlu ada Dap. Hanya yang patut ada ialah Parti Pakatan Rakyat.

Tubuh AJK Penaja:

Nama Parti: Parti Pakatan Rakyat Tak Perkauman ( PPRTP)

Presiden : Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden : Lim Kit Siang

Naib Presiden 1 : Hadi Awang(pindaan) Husam Musa( Sebab Husam sama logo dgn Obama)

Naib Presiden 2: Hussain ( Parti sosialis yang joint PKR nama apa?)

Naib Presiden 3: Tian Chua ka,,,,sapa-sapa pun boleh.

dlllll