Khamis, 23 Oktober 2008

Anugerah Datuk atau Dato'

Anugerah datukship kepada orang luar bukanlah perkara baru. Ramai executive syarikat-syarikat besar yang bertapak di negara kita telah menerima anugerah tersebut.

Mereka telah meneraju perniagaan syarikat mereka dengan jayanya dan telah memberi ribuan peluang kerjaya kepada warga tempatan, selain sebagai pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Ramai orang Inggeris ( Eropah dan Amerika ), Jepun, Korea , India dan Cina telah menerima gelaran Datuk. Kenapa tidak ada yang protes.

Begitu juga pengurus pasukan F1 Ferrari Datuk John Tods, kekasih Datuk Michell Yeoh juga telah menerima Datuk. Michell Yeoh yang mencipta nama di Hong Kong juga menerima anugerah tanpa protes. Adakah dia menjadi ikon pilihan untuk dicontohi oleh remaja Melaysia ?

Tukang kasut yang buat kasut untuk Lady Diana pun kita bagi Datuk. Sepatutnya dia juga mendapat gelaran Sir dari Istana Britain. Orang Inggeris tak menilai pun jasa dia sebaliknya negara kita juga yang mengingati beliau.

Artis seperti pelakon dan penyanyi tempatan , pereka fesyen tempatan dan ahli sukan negara juga ramai yang menerima gelaran Datuk dalam usia yang amat muda. Apabila sudah ramai bergelar Datuk maka ramai pula akan bergelar Datin. Tetapi kalau isteri dapat Datuk suami bergelar apa pulak?

Tahniah kepada Datuk Shah Ruk Khan. Selepas ini akan muncul pula Datuk Jet Lee, Datuk Doremon, Datuk Angelina Jolie , Dato Manolo Blahnik, Dato Gucci dan ramai lagi.