Rabu, 22 Oktober 2008

Pucuk Pimpinan Gerakan Membisu Isu Tan Lian Hoe

Gerakan dilihatkan sebagai sebuah parti yang bacul kerana gagal mengambil tindakan terhadap Tan Lian Hoe kerana keterlanjurannya dalam bercakap mengenai orang Melayu.

Apabila Datuk Ahmad bercakap isu yang sama , bukan main lagi Gerakan melatah. Begitu juga halnya kes Pemuda Gerakan yang ingin meletakkan nama jalan dengan tulisan Cina di Pulau Pinang juga sepi tanpa sebarang tindakan.

Mca juga dalam persidangan mempertikaikan tentang dominasi Umno dalam BN. Mca harus ingat dalam pilihanraya yang pertama Umno mengajak mereka bersatu dalam pilihanraya bagi menewaskan Dato Onn Jaafar dari Parti Negara yang ketika itu merupakan parti pelbagai kaum.

Gerakan merupakan parti serpihan Mca dan PPP adalah serpihan Mic. Pkr dan Pas adalah serpihan UMNO. Nyata bahawa UMNO adalah parti dominan di Malaysia. Oleh itu parti-parti komponan yang baru-baru atau dari golongan serpihan janganlah bercita-cita untuk membunuh UMNO atau mengurangkan dominasi UMNO dalam BN.

Di sini saya memuji sikap MIC kerana sentiasa setia dalam BN walaupun kemasukan mereka terkemudian dari Mca.

Pusing sana , pusing sini penulis cukup terkilan dengan sikap Tan Lian Hoe yang dua kali memenangi kerusi Parlimen di kawasan Melayu iaitu Bukit Gantang sebelum ini dan Grik sekarang. Ternyata bahawa orang Melayu boleh bertolak ansur dalam soal pemilihan wakil rakyat yang diletakkan oleh pucuk pimpinan parti.

Cukuplah wahai pemimpin parti komponan BN, Jangan bermain api atau jangan menjolok sarang tebuan. Bahaya....