Rabu, 22 Oktober 2008

Musin Hujan yang panas

Bila di sebut hujan akan terbayang keadaan suhu yang rendah dan hawa yang sejuk. Bagaimana pun suasana sebaliknya. Baik UMNO, Mca dan Gerakan tak kurang juga yang mencuri perhatian PPP dan Hindraf.

Umno telah hampir selesai bab bawah-bawah kini di peringkat pertengahan. Haba panas di peringkat ini akan merebak ke peringkat yang lebih atas, Fokus ialah kerusi Ketua pemuda dan Wanita. Elok lah ada perundingan antara yang layak untuk bertanding, terutama Wanita. Buang masa bagi ahli buat undian hanya untuk 3 bulan. Elok bagi sahaja kepada Kak Sharizat.

Begitu juga pemuda. KJ eloklah memberi ruang kepada Mukhriz menjadi orang nombor 1. Walaupun beliau orang no 2 dan kalau diikutkan hukum KJ lah yang mendapat pencalonan tertinggi. Tetapi keadaan sebaliknya, penunjuk sebegini jelas memberi isyarat kepada KJ bahawa ada tokoh lain lebih layak daripada beliau.

Tentang hasrat parti komponan BN seperti Gerakan , Mca dan PPP ingin mengurangkan dominasi Umno dalam BN dilihat sebagai cubaan untuk memusnahkan kekuatan dan perjuagan orang Melayu.

Penulis ingin mencadangkan supaya ketiga-tiga komponan parti itu terlebih dahulu bergabung didalam satu parti sebagai percubaan. Kita beri tempoh percubaan kepada mereka untuk 5 tahun.