Jumaat, 17 Oktober 2008

Ketua Pemuda, siapa hebat.

Dalam proses pemilihan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO akan wujud satu persaingan yang sihat. Jauhkan dari perebutan kuasa dengan cara yang tidak baik.

Hari ini Mukhriz MP Jerlun bersaing dengan orang muda KJ dari MP Rembau untuk jawatan tertinggi pemuda. Khir Toyo mungkin gagal mendapat sokongan besar dari kalangan pemuda. Mungkin beliau akan menarik diri. Begitu juga saudara Faisal dari Terengganu masih belum mendapat pencalonan.

Pokok perbicaraan ialah antara KJ dan Mukhriz. Kedua-dua nama besar ini telah menjadi sebutan rakyat Malaysia dari segala aspek. Pendidikan, Kerjaya dan pertalian hubungan dengan Perdana Menteri. Seorang menantu dan seorang anak Mantan Perdana Menteri.

Dari segi tindakan , kedua-duanya hebat dan bijak menonjolkan bakat dan peluang. Kedua-dua bermotivasi tinggi. Cuma dari segi akademik KJ mengatasi Mukriz. Faktor usia juga lebih kepada KJ yang lahir pada tahun 1976 berbanding saingannya 1964.

Dari segi kritikan dalam dewan , KJ lebih menonjol dan berani. Saingan nya juga tidak kurang hebat dalam kritikan dan berani menerima risiko, tetapi masih perlu didikan daripada orang tuanya untuk menjadi pemidato terbaik.

Cuma KJ ketinggalan dari segi sokongan kerana di bayangi oleh bapa mertuanya. Orang mempertikaikan cara beliau melompat tinggi dari kosong sehingga menjadi orang nombor 2 dalam pemuda. Bak kata pepatuh melayu biduk lalu kiambang bertaut.

Kemunculannya KJ tidak dapat disekat kerana kelebihan akademik yang tinggi dengan ijazah sarjana. Hari ini beliau ketinggalan di belakang saingannya, untuk menang pandai-pandai kedua-dua calon ini berikhtiar bagaimana memenangi hati pengundi Mac 2009.

Ibarat permainan badminton yang panjang rallynya, kedua-dua akan menggunakan tektik pukulan strok panjang. siapa yang kerap menghantar bulu tangkis keluar gelanggang akan memberi mata kepada saingannya.