Rabu, 29 Oktober 2008

Cadangan MCA cuba menindas Melayu

Mca melihat kouta 30 % pegangan ikuiti Melayu dalam sektor ekonomi sebagai penghalang monopoli mereka.

Setelah berjaya mengurangkan majority 2/3 BN dalam parlimen, timbul pula cakap-cakap bahawa pengundi menolak BN kerana UMNO terlalu dominan dalam BN.

Mereka cuba untuk mengurangkan dominasi UMNO dalam BN. Sekali lagi usaha mereka disanggah oleh orang melayu.

Kali ini untuk menghapuskan ekuiti 30 peratus melayu. Apa semua ini wahai Mca. Kita semua tahu sektor ekonomi dikuasai oleh orang Cina dan melayu hanya minta 30 % sahaja share atau pegangan saham.

Begitu juga dalam sektor pembinaan. 30 peratus kedai atau rumah hendaklah di untukkan untuk bumiputra. Salah kah semua itu?

Hari ini pun orang melayu di permainan dalam soal ini. ambil contoh dalam pembinaan sederet kedai. sepatutnya kouta bumiputra ditunjuk dengan jelas. tetapi mereka sorok dan tidak mahu lot-lot kedai dibeli oleh bumiputra. mereka biarkan kosong bertahun-tahun tanpa mengiklankannya dan akhirnya mereka memohon untuk menjualkan lot tersebut kerana tiada pembeli.

Orang melayu kalau dapat lesen atau dapat tender amat sukar untuk melaksanakan kerja kerana bahan-bahan mentah disekat oleh taiko-taiko mereka. Semua akan selesai jika unsur alibaba masuk sama. Tanpa unsur ali baba melayu macam cacing kena panas., tender dapat nak laksankan tak dapat. Masuk angin oleh alibaba semua beres.